udang masak butter

Selama ini Udang Masak Butter selalu kita pesan bila makan di luar. Tak sangka rupanya boleh buat sendiri di rumah dengan cara yang sangat mudah, malah hasilnya nampak macam menu restoran.

Resipi ini sesuai untuk pemula, tak perlu teknik rumit, cuma guna bahan asas dan sedikit trik untuk hasilkan sarang butter yang cantik, rangup dan wangi.

Baca juga: Resipi Udang Kam Heong Paling Juicy, Pedas Manis Dan Aroma Memikat!

RESIPI UDANG MASAK BUTTER

udang masak butter

Bahan-bahan:

  • Udang – goreng terlebih dahulu dengan minyak biasa
  • Butter – secukupnya
  • Minyak masak – secukupnya
  • Kuning telur – 3 biji
  • Boleh tambah jika mahu sarang butter lebih banyak
  • Daun kari – secukupnya
  • Bawang merah – dihiris nipis
  • Garam atau serbuk perasa – secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan butter dan minyak masak dalam kuali sehingga betul-betul panas.

2. Tuangkan kuning telur perlahan-lahan dari sedikit tinggi sambil dikacau lembut.

3. Setelah telur habis, masukkan daun kari, bawang merah dan perasa serentak.

4. Biarkan sehingga butter berbuih dan sarang telur terbentuk dengan cantik.

5. Tutup api dan tapis lebihan minyak.

6. Gaulkan udang goreng tadi bersama butter sehingga sebati.

Tips supaya udang masak butter jadi cantik dan tak muak:

  • Minyak dan butter mesti panas sebelum tuang telur
  • Gunakan api sederhana supaya telur tidak hangus
  • Tapis minyak lebihan untuk rasa lebih ringan
  • Tuang telur perlahan untuk dapatkan sarang halus

Kalau anda sedang cari resipi Udang Masak Butter yang paling senang jadi, resipi ini memang patut masuk dalam senarai. Sekali cuba, pasti buat lagi. Simpan resipi ini dan kongsikan dengan keluarga atau kawan yang suka menu butter.

Selamat mencuba!

Sumber: Lin Zalika

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN