udang goreng kari

Waktu makan tengah hari telah hampir tiba, nampaknya inilah masa untuk ke dapur. Jika anda tiada idea, boleh cuba masak Udang Goreng Kari yang beraroma pada hari ini.

Selalunya orang guna udang ini untuk dibuat sambal saja, tapi Udang Goreng Kari ini sememangnya resipi luar biasa dan agak susah nak jumpa menu ini di luar.

Tak payah pening-pening kerana anda hanya perlu ikut resipi Udang Goreng Kari oleh Wan Az di Facebook yang kelihatan sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cucur Udang Rangup, Wanita Ini Ajar Cara Mudah Buat Guna Senduk

RESIPI UDANG GORENG KARI

udang goreng kari

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Garam
  • Kunyit
  • Kentang
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Serai
  • Daun kari
  • Serbuk kari ayam daging Adabi

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia
  • Cili hijau (jika suka pedas, boleh tambah cili api)
  • Bawang holland

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau.

2. Selepas itu, hiris bawang holland, bawang putih, serai dititik dan daun kari.

3. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit, kemudian gorengkan separuh masak.

4. Kemudian, goreng kentang sehingga empuk.

5. Tumiskan bahan kisar dengan minyak lebihan goreng udang tadi. Jika perlu, tambah minyak lagi. Tak apa jika minyak lebih, sebab nanti dah masak, boleh kaup sebab nak bagi cantik pecah minyak.

udang goreng kari

6. Apabila sudah garing, masukkan bahan hirisan bersama daun kari, kemudian letak serbuk kari.

7. Seterusnya, goreng sampai pecah minyak, masukkan sedikit garam, secukup rasa dan sedikit brown sugar, baru cantik hasilnya.

8. Akhir sekali, masukkn udang dan kentang yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidang!

Udang Goreng Kari ini sangat memikat selera, sekaligus membuatkan ia jadi lauk terbaik untuk makan tengah hari atau malam. Jika anda nak ratah begitu saja, tiada masalah juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan Az

Baca juga: Nasi Goreng Udang Kahwin, Resipi Lain Dari Yang Lain Ini Memang Patut Cuba, Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN