Categories: Informasi

Tokidoki X Coffee Bean Buat Kolaborasi Kenalkan Koleksi Baharu

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mengumumkan kolaborasi istimewa dengan Tokidoki, sebuah jenama gaya hidup ikonik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kerjasama menarik antara kedua-dua jenama ini membawa kepada empat watak tokidoki yang unik – Donutella, Buddy Sip, Sandy, dan B-Dragon.

Lisa Ransom, Ketua Pegawai Pemasaran Global The Coffee Bean & Tea Leaf™, berkongsi bahawa kedua-dua jenama ini berkongsi komitmen kepada kreativiti dan inovasi yang sama. Simone Legno, Pemilik Bersama dan Artis Tokidoki, pula sangat berbangga dapat berkarya dengan sebuah jenama ikonik seperti The Coffee Bean & Tea Leaf.

Simone menambah sentuhan kreatifnya pada kanvas semasa sesi lukisan langsung.

“Saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan jenama ikonik seperti The Coffee Bean & Tea Leaf™. Sejak saya berpindah ke California 20 tahun yang lalu, saya telah menjadi peminat setia The Coffee Bean & Tea Leaf. Saya sering membeli kopi mereka semasa dalam perjalanan ke pejabat atau semasa waktu makan tengah hari. Saya juga sering menikmati minuman yang mereka sediakan sambil mencari inspirasi dan melukis. Kami sangat bangga dapat menyatukan seni kami dengan sebuah jenama yang mempromosikan inklusiviti.”

Koleksi tokidoki ini bukan sekadar kumpulan barangan biasa, tetapi ia adalah manifestasi keunikan individu dan kreativiti. Mari kenali lebih dekat dengan koleksi menarik ini.

Baca juga: Coffee Bean Kembali Dengan Edisi Musim Percutian Special “A Little Bit of Joy in Every Cup”

ANTARA KOLEKSI TOKIDOKI X THE COFFEE BEAN & TEA LEAF

1. Tokidoki Dragon

Botol air hitam yang unik ini menonjolkan kecantikan seni tokidoki yang berwarna-warni. Dengan kapasiti besar (500ml/17oz), ia adalah teman setia untuk menjaga hidrasi anda sambil mengekalkan gaya hidup aktif!

Harga jualan: RM168.00 setiap unit

2. Tokidoki Donutella

Tumbler keluli tahan karat yang bertebat ini tidak hanya cantik, tetapi juga direka khas untuk mengekalkan suhu minuman kegemaran anda selama enam jam. Dengan penutup anti-tumpah, anda boleh menikmati minuman kegemaran anda dengan gaya yang tersendiri.

Harga jualan: RM168.00 setiap unit

3. Tokidoki Pins

Tunjukkan keunikan anda dengan koleksi pin watak tokidoki yang sangat comel! Pilihlah yang paling sesuai dengan anda dan tambahkan pada pakaian atau beg anda untuk sentuhan unik.

Harga jualan: RM28.00 setiap unit

Pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan satu pin percuma dengan menambah nilai kad TCB mereka sebanyak RM150*. Pin tokidoki akan dilancarkan setiap minggu selagi stok masih ada:

⦁ 23 hingga 29 Januari: Donutella
⦁ 30 Januari hingga 5 Februari: Buddy Sip
⦁ 6 hingga 12 Februari: Sandy
⦁ 13 hingga 20 Februari: B-Dragon

*Perhatian: Tertakluk kepada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita, dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila layari laman Facebook mereka di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

Baca juga: PlayMade Buka Kafe Boba ‘Handmake’ Pertama Di Malaysia

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

15 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

15 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

15 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

18 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

19 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

19 hours ago