sayur tahan lama

Korang suka beli sayur? Tapi tak tahu cara nak bagi sayur tahan lama. Setiap kali beli sayur mesti lepas beberapa hari dah rosak. Mesti tercari-cari kaedah yang berkesan untuk simpan sayur-sayur ni.

Wanita ini ada berkongsi tips supaya sayur anda tahan lama. Menurut saudari Eyfa Emir beliau telah mencuba pelbagai cara yang tular untuk simpan sayur-sayur itu, tetapi semua cara itu tidak menjadi.

Antara cara yang telah digunakan oleh saudari Eyfa adalah keluarkan dari plastik dan potong masuk dalam bekas. Setelah mencuba pelbagai kaedah akhirnya cara yang paling berkesan adalah menggunakan aluminium foil dan juga letakkan tisu sebagai alas.

sayur tahan lama

Tips Simpan Sayur Supaya Tahan Lama

sayur tahan lama

  1. Sayur baru beli, jangan basuh.
  2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur.
  3. Masukkan sayur, lipat foil elok-elok dan labelkan supaya tidak tertukar.
  4. Simpan dalam peti ais bahagian bawah (chiller).
  5. Bila nak guna baru basuh, lebihan tu simpan balik dalam aluminium tu.

Insyallah tips ni akan membuatkan sayur tahan lebih seminggu dan segar. Jadi lepas ni dah tak ada masalah kalau nak beli sayur dan simpan lama.

Baca juga:

Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap

Lelaki Ini Kongsi Cara Order Subway. Beserta Tips Pilih Roti, Isi, Sayur & Sos Yang Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN