cara buat kari ekspres

Bagi anda yang terkejar-kejar masa, bolehlah ikuti cara buat Kari Ekspres Rahmah ini. Mengunakan kiub kari segera, memang mudah untuk kita mempercepatkan kaedah penyediaan makanan setiap hari. 

Baca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA

Lazimnya, tempoh memasak mengambil masa antara 30 minit sehingga satu jam, namun dengan kiub ini, hanya lima minit sahaja kerana tidak perlu menyediakan bahan seperti memotong bawang atau mengisar bahan mentah lain.

Berikut adalah resipi perkongsian dari Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan yang anda boleh ikuti. 


CARA BUAT KARI EKSPRES RAHMAH

bahan kari ekspres rahmah

Bahan-bahan yang diperlukan:

Itu sahaja! Bahan lain ‘optional’ masing-masing.

Cara memasak:

1. Hanya empat sahaja bahan asasnya. Bahan optional adalah: lobak merah, kentang, cili, dan tomato. Optional itu maksudnya, tak letak pun tak apa.

2. Masukkan santan dalam kuali. Reneh sehingga menggelegak. Saya tak gunakan minyak. Nanti sebahagian santan ni akan pecahkan minyak. Lemak ayam pun akan jadi minyak.

3. Masukkan kiub kari. Formulanya, ½ ekor ayam = 2 kiub kari. Saya masak seekor ayam, maka kena pakai 4 kiub. Satu kotak kiub kari ni, ada 6 kiub di dalamnya.

kiub kari

4. Tumis campuran santan dan kiub kari tadi sampai terbit minyak. Gunakan api kecil atau sederhana. Jangan gunakan api yang besar. Waktu ni saya tak ada tambah air lagi.

5. Dah terbit minyak, masukkan ayam, besarkan api dan gaul sampai sebati. Air ayam akan mula keluar, dan kemudian lemak ayam akan mula mencair menjadi minyak.

6. Tambah 500-1000ml air masak, atau sehingga ketulan ayam tenggelam. Kalau nak cepat, masukkan air panas. Kuatkan api, dan reneh ayam.

7. Masukkan asam gelugur. Kalau nak guna asam jawa pun boleh.

kari sedang direneh

8. Masukkan daun kari, kentang, dan lobak merah kalau ada. Ada orang suka letak daun limau purut dan serai dalam kari. Boleh sahaja, tak salah. Tambah air jika perlu. Reneh sampai ayam masak.

9. Akhir sekali, masukkan tomato. Siap! Senang, kan? Tak perlu letak garam. Kiub kari tu dah ada garam. Kecuali kalau kalian buat kari yang kuahnya banyak, maka kena tambah garam.

cara buat kari ekspres


Kari ekspres ini rasa ia macam kari Melayu. Lebih kurang macam kari yang kita biasa makan dengan roti jala itu. Tak terlalu berempah. Lebih kepada berlemak. Sedap makan bersama roti dan nasi panas.

Selamat mencuba.

Baca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN