
Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa matcha dan teh hijau adalah dua perkara yang berbeza.
Walaupun berasal dari tumbuhan yang sama, teh hijau mempunyai rasa yang ringan dan lembut, manakala matcha lebih kaya dengan rasa yang pekat dan sedikit kelat. Oleh sebab itu, matcha sering dicampur dengan susu atau bahan pemanis untuk menyeimbangkan rasanya.
Selain itu, minuman matcha mampu memberikan tenaga yang lebih berpanjangan berbanding teh herba biasa. Menariknya, matcha juga dapat membantu mengurangkan tekanan. Jadi, jika anda berasa tertekan dan memerlukan sesuatu untuk menenangkan fikiran, cubalah menikmati minuman ini.
10 SERBUK MATCHA TERBAIK MALAYSIA TAHUN 2024
Tapi, sebelum terjebak dengan minuman matcha ini mestilah anda mestilah perlu tahu serbuk yang berkualiti tinggi yang terdapat di pasaran.
1. Niku Neko Yuri Matcha Powder

Saiz: 80 g dan 500 g
Harga: RM69.00
2. Qua Premium 70 % Kyoto Uji Matcha Powder

Qua Premium 70% Kyoto Uji Matcha Powder diperoleh terus daripada ladang keluarga organik yang diiktiraf di Jepun. Matcha Uji yang kaya dengan rasa ini boleh digabungkan dengan susu skim dari New Zealand menghasilkan rasa yang kaya, berkrim, lembut dan sedikit manis.
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 100 g, 300 g dan 500 g
Harga: RM42.00 (100 g pek)
3. Signature Market Shizuoka Chashi Matcha

Shizuoka Chashi Matcha gred premium ini dihasilkan daripada ladang teh asli di Prefektur Shizuoka. Matcha ini terkenal dengan aroma yang memikat, hasil tanaman yang ditanam, dituai dan digredkan oleh pakar teh berpengalaman, dikenali sebagai ‘chashi.’
Kaya dengan antioksidan, serat, dan L-Theanine, ia dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan fokus. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai minuman yang membantu anda menemui ketenangan di tengah kesibukan harian.
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 30 g
Harga: RM39.90
4. Matcharo Ceremonial Grade Matcha Powder

Produk ini berasal dari Jepun dan diperbuat daripada 100% serbuk matcha tulen gred ‘ceremonial’ tanpa sebarang tambahan gula. Produk ini telah menerima beberapa pensijilan, termasuk pensijilan HALAL dan organik.
Selain itu, ia menawarkan manfaat seperti membantu pengawalan berat badan, meningkatkan sistem imun, membekalkan antioksidan dan membantu mengurangkan paras kolesterol apabila diambil secara konsisten.
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 30 g dan 100 g
Harga: RM59.00 (30 g pek)
5. Surugaen Otoku Na Matcha Matcha Green Tea Powder

Surugaen Otoku Na Matcha Green Tea Powder kaya dengan antioksidan, serat makanan, kalsium, dan vitamin. Sebagai serbuk matcha gred masakan, produk ini sangat serbaguna dan sesuai digunakan dalam penyediaan minuman sejuk dan panas, pastri, pencuci mulut serta pelbagai hidangan lain.
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 80 g dan 100 g
Harga: RM28.80 (80 g pek)
6. Healthy Baker Pure Matcha Powder

Serbuk matcha ini kaya dengan antioksidan penting yang memberikan manfaat unik yang sukar diperoleh daripada teh hijau lain. Selain membantu membakar kalori, ia juga berfungsi sebagai penggalak metabolisme yang berkesan.
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 20 g, 50 g dan 100 g
Harga: RM4.90 (20 g pek)
7. HonesTea Japanese Shizuoka Matcha Powder

Serbuk Matcha Shizuoka dihasilkan di Jepun menggunakan tumbuhan teh dari wilayah Shizuoka, menjadikannya pilihan yang sesuai digunakan di Malaysia.
Sebagai gred masakan, matcha ini menawarkan rasa yang kuat, aroma yang sederhana, dan sedikit pahit. Ia mempunyai manfaat seperti membantu menyahtoksik badan dan membakar kalori. Selain digunakan untuk minuman, serbuk ini juga serbaguna dalam penyediaan makanan, termasuk pembuatan pastri, aiskrim dan sebagai hiasan makanan.
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 50 g dan 100 g
Harga: RM18.52 (50 g pek)
8. Rosie Ross Matcha Green Powder

Rosie Ross Green Powder adalah Matcha gred ‘ceremonial’ yang berbeza daripada matcha tradisional gred masakan atau dapur. Matcha gred ‘ceremonial’ mempunyai rasa yang lebih kaya, menjadikannya premium apabila digabungkan dengan bahan masakan lain.
Ini menjadikan Rosie Ross Matcha Green Tea pilihan ideal untuk kuih-muih, hidangan dan pencuci mulut. Selain itu, ia juga sesuai dinikmati sebagai minuman santai digunakan dalam pembuatan aiskrim, espresso atau sebagai topping untuk pencuci mulut.
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 100 g dan 1 kg
Harga: RM17.49 (100 g pek)
9. Matcha Powder By Bellira

Matcha Powder By Bellira tidak mengandungi gula, pewarna atau bahan pengawet, menjadikannya salah satu makanan super terbaik di Malaysia.
Produk ini juga halal dan sesuai digunakan oleh umat Islam. Selain itu, matcha ini mengekalkan gred masakan premium untuk memastikan rasa asli yang sebenar.
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 30 g dan 50 g
Harga: RM15.00 (30 g pek)
10. UjiMatcha Bandar Utama

Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 30 g, 50 g, 55 g, 70 g, 100 g, 128 g dan 150 g
Harga: RM15.90 (30 g pek)
Jadi, dah tahu nak pilih serbuk matcha yang mana satu?
Sumber: My Weekend Plan
Baca lagi: Resepi Brownies Kedut, Rupanya Ada Teknik Yang Betul Nak Dapat Hasil Cantik & ‘Chewy’
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Buat Sendiri Solok Lada, Tak Susah Mana Pun. Baru Puas Hati Makan!
Resipi Gulai Ikan Kering, Rasanya Memang Sangat Onz!
Sandwich Smoked Chicken Toast With Egg, Idea Bekal Sekolah
Resepi Kek Marble Simple Paling Bajet, Gebu Gebas Walau Dengan 5 Bahan Saja!
Roti Sardin Celup Telur Air Fryer Sepantas 5 Minit, Simple Tapi Sedap Luar Biasa!
Artikel Popular
Resipi Bihun Goreng Singapore Simple Dan Sedap, Campak-Campak Terus Siap!
Cara Buat Apam Kampung Mudah Dengan 5 Bahan, Lembut Kejadiannya!
Cara Buat Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Elok Kejadiannya
Cara Masak Mi Goreng Kicap Laku Keras, Berselera Makan Waktu Sahur!
“Dah Habis Makan, Tiba-Tiba Nampak…”– Pelanggan Dakwa Tikus Besar Berkeliaran Dekat Bekas Makanan Sebuah Restoran
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














