Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih lembut, manis dan berjus. Namun, pernah tak selepas direbus, isi jagung nampak mengecut dan tidak lagi cantik seperti sebelum dimasak?
Sebenarnya, ada cara rebus jagung yang boleh dicuba untuk memastikan isinya kekal elok dan tidak mudah kecut. Rahsianya bukan sekadar pada tempoh merebus, tetapi juga cara memasaknya.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, petuanya adalah dengan memasukkan jagung hanya selepas air betul-betul mendidih. Jagung juga tidak perlu dikeluarkan sebaik sahaja api ditutup, sebaliknya boleh dibiarkan di dalam periuk dan diambil apabila tiba waktu untuk menikmatinya.
Baca juga: Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!
Cara Rebus Jagung Supaya Tak Kecut

Berikut cara mudah merebus jagung supaya isinya kekal cantik dan tidak mudah mengecut:
- Bersihkan jagung dan buang kulit luarnya. Namun, jangan buang semua kulit kerana boleh tinggalkan satu atau dua lapisan kulit yang masih melekat pada jagung.
- Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan terlebih dahulu.
- Apabila air sudah betul-betul mendidih, masukkan jagung bersama sedikit garam.
- Rebus selama kira-kira 8 hingga 10 minit.
- Selepas itu, tutup api dan biarkan jagung di dalam periuk.
- Apabila hendak makan, barulah angkat jagung daripada periuk.
Dengan cara ini, isi jagung dikatakan akan kelihatan lebih cantik, gebu dan tidak mudah kecut.
Sumber: F’Amira KitChen
Baca juga: Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

