
Tak dinafikan memang kecewa apabila bersusah payah masak lauk sotong, tapi hasilnya liat sampai sakit gigi nak kunyah. Jangan risau, anda boleh guna petua sotong tak liat selepas ini.
Ini antara beberapa petua sotong tak liat yang boleh anda cuba supaya sotong yang dimasak bukan saja sedap dan lembut, tapi juga kekal cantik dan menyelerakan.
Baca juga: Jenis-Jenis Sotong Yang Selalu Orang Masak, Yang Mana Paling Padu Masak Sambal?
PETUA SOTONG TAK LIAT SEMASA MEMASAK

1. Jangan masak terlalu lama.
Ramai tak tahu bahawa sotong sangat sensitif terhadap masa memasak. Sotong yang dimasak terlalu lama akan jadi keras dan liat.
Jika nak masak sotong pada suhu tinggi, cukup 1 hingga 3 minit saja. Nak masak lama pun boleh, tapi kena betul-betul perlahan dan lama.
2. Gunakan api sederhana saja.
Gunakan api sederhana supaya haba yang sampai pada sotong tak mengejutkan teksturnya. Api yang kuat boleh menyebabkan bahagian luarnya masak, tapi dalamnya masih mentah.
3. Perap dengan jus lemon atau limau untuk lembutkan isi sotong.
Ini antara petua lama yang ramai tak tahu iaitu perapkan sotong yang sudah dibersihkan dengan jus lemon atau limau nipis selama 10 hingga 15 minit sebelum masak.
Asid semula jadi daripada jus limau membantu memecahkan protein dalam sotong yang menjadikannya lebih lembut dan berjus. Tambahan pula, bau hanyir pun hilang.
4. Nak goreng sotong kena guna banyak minyak.
Jika nak buat sotong goreng tepung atau sotong rangup, pastikan guna banyak minyak supaya sotong tenggelam sepenuhnya semasa digoreng.
Minyak yang cukup akan membantu masakan jadi sekata dan sotong tak serap minyak berlebihan. Hasilnya bukan setakat luar saja rangup, malah dalam pun lembut.
5. Rendam sotong dengan cuka.
Sebelum masak, cuba rendam sotong yang telah dibersihkan dalam air yang dicampur dengan sedikit cuka selama 5 minit. Cuka membantu melunakkan tekstur sotong dan juga mengurangkan bau amis. Tapi jangan rendam terlalu lama, cukup sekadar 5 minit saja.
Semoga bermanfaat!
Sumber: REHAN Food Spices
Baca juga: Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














