MyResipi
Artikel
2020-11-25
Sayur sangat kaya dengan nutrisi dan mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan, awet muda dan melawan kanser. Sayangnya, vitamin B dan C mudah rosak apabila terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari. Jadi, cara penyimpanan dan pengendalian ketika memasak sayur yang betul mampu mengekalkan nutrisi dan khasiat sayur. Jadi mari kita cuba tips mengekalkan nutrient sayur sebaik mungkin yang dikongsikan oleh Siti Haziana di facebook.
Gunakan sesedikit mungkin air ketika merebus atau mendidihkan sayur.
Ambil cecair yang tinggal di dalam kuali setelah memasak sayur.
Jangan kupas sayur-sayuran sehingga selepas memasaknya. Sebaiknya jangan kupas sama sekali untuk memaksimumkan ketumpatan serat dan nutriennya. Contohnya lobak merah & ubi kentang, cuma basuh/berus bersih kulitnya.
Masak sayur dalam jumlah air yang lebih kecil untuk mengurangkan kehilangan vitamin C dan vitamin B.
Cuba makan sayur-sayuran yang dimasak dalam satu hari, kerana kandungan vitamin C pada sayur akan terus menurun ketika makanan yang dimasak terkena udara.
Masak sayur hanya selama beberapa minit jika boleh, jangan biarkan lama atas api.
Jangan guna baking soda semasa memasak sayur. Walaupun ia boleh kekalkan warna, vitamin C akan hilang di persekitaran alkali yang dihasilkan oleh baking soda.
Potong sayuran dalam saiz besar untuk mengurangkan kuantiti vitamin yang musnah bila sayur terdedah kepada udara.
Apabila memasak sayur, sentiasa tutup periuk untuk memerangkap stim dan haba supaya dapat mengurangkan waktu memasaknya.
Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…
Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…
Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…
Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…
Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…
Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…