cekodok pisang rangup

Kalau ada pisang lebih kat rumah, jom cuba buat cekodok pisang rangup ni untuk sarapan pagi. Guna bahan mudah je nak buat. Perut pun kenyang!

Ada tips nak buat cekodok pisang yang sedap iaitu jangan kisar bahan-bahan yang digunakan, cukup hanya gaul rata saja! Nak tahu cara lengkap? Jom lihat resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Bakwan Yang Mudah, Kena Ikut Teknik Ini Baru Lagi Super Rangup

RESIPI CEKODOK PISANG RANGUP

Bahan-bahan:

  • 10 biji pisang dilenyek (saiz macam dalam gambar. Kalau buah pisang yang besar kurangkan ye)
  • 2 sb Planta
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder
  • 1sk garam
  • 2 cawan lebih sikit tepung gandum

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahab-bahan di atas kecuali tepung gandum.
  2. Gaul sebati sahaja, jangan blend nanti tak sedap.
  3. Kemudian masukkan tepugn gandum dan gaul rata.
  4. Perap sekejap selama 30 minit.
  5. Kemudian sedia untuk digoreng dalam minyak panas menggunakan api sederhana.

Selamat mencuba!

Kredit: Noriza Awang Hamat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN