Categories: Tips & Petua

Petua Simpan Tauhu Guna Perahan Limau Kasturi, Tak Cepat Busuk & Berlendir

Tauhu mudah rosak jika tidak disimpan dengan betul, ia mudah menjadi busuk dan berlendir. Oleh itu, penting untuk tahu tip simpan tauhu supaya tahan lama dan tidak membazir.

Salah satu cara mudah ialah dengan memerah sedikit limau kasturi ke atas tauhu sebelum menyimpannya. Limau kasturi membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria.

Selain itu, cara penyimpanan yang betul juga penting supaya tauhu tahan sehingga 2 minggu bergantung pada kesegaram asal tauhu.

Baca juga: Cara Halau Bari-Bari Dari Hinggap Buah & Sayur, Seekor Pun Takut Nak Datang!

TIP SIMPAN TAUHU SUPAYA TAHAN LAMA SAMPAI 2 MINGGU

Cara-cara menyimpan tauhu:

  1. Basuh tauhu dengan air bersih bagi memastikan sisa pengeluaran dan kotoran dibuang sepenuhnya.
  2. Masukkan tauhu ke dalam bekas kedap udara.
  3. Isi bekas dengan air suam atau air paip yang telah dimasak.
  4. Perah sebiji limau kasturi ke atas tauhu sebelum menutup bekas, kerana limau kasturi membantu mengelakkan tauhu cepat busuk atau berlendir.
  5. Simpan bekas tersebut di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran tauhu lebih lama.

Dengan cara ini, tauhu biasanya boleh disimpan sehingga seminggu dan kadang-kadang boleh tahan hingga 2 minggu bergantung pada kesegaran asal tauhu. Semoga bermanfaat!

Sumber petua dan gambar: Mieya Angler

Baca juga: Cara Rebus Telur Puyuh Supaya Senang Kupas, Tak Pecah & Kulit Tanggal Cantik!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago