bari bari

Kehadiran bari bari yang suka hinggap pada sayur dan buah bukan saja menjengkelkan, tetapi boleh merosakkan makanan di dapur. Sekali seekor hinggap, kadang-kadang beratus lain turut datang.

Selain itu, serangga ini juga boleh meninggalkan kotoran pada buah atau sayur, membuatkan makanan kurang bersih dan tidak selamat dimakan.

Jangan risau, rupanya ada petua mudah dan selamat untuk menghalau bari-bari tanpa menggunakan bahan kimia yang merbahaya.

Kaedah ini sangat sesuai untuk rumah yang ada anak kecil atau orang tua kerana bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak beracun.

Cara ini hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah iaitu gula, cuka dan sabun cuci pinggan. Ia bukan sahaja menjimatkan, malah lebih mesra alam.

Baca juga: Rahsia Dapur Tak Jadi ‘Tempat Lepak’ Lalat, Petua Berkesan Guna Bahan Semula Jadi!

CARA HALAU BARI BARI DARI HURUNG BUAH DAN SAYUR

bari bari

Bahan-bahan:

  • Bekas kosong
  • Gula
  • Cuka
  • Sabun cuci pinggan

Cara-caranya:

  1. Masukkan kira-kira 1 sudu gula ke dalam bekas kosong.
  2. Kemudian, tuang 2 sudu cuka yang berfungsi untuk menghasilkan bau seperti buah yang sudah lama.
  3. Seterusnya, sedikit sabun cuci pinggan.
  4. Campurkan kesemua bahan tersebut dan letakkan di atas kaunter atau meja makan.

Selain mudah dan menjimatkan, kaedah ini juga lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan makanan. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @daisyjiejie73

Baca juga: Cara Halau Semut Di Dapur Guna Bahan Semula Jadi, Tak Perlu Pakai Spray Racun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN