air jelly

Air jelly limau kasturi ini pernah tular dan menjadi fenomena di media sosial tahun lalu. Sesuai dinikmati ketika cuaca panas, rasanya memang sejuk dan menyegarkan di tekak!

Namun kini, sudah semakin sukar untuk mencari tempat yang menjual air limau kasturi jelly ini. Jadi, kami ingin kongsikan resipinya dengan anda.

Kalau ada yang teringin nak minum, jom kita cuba buat sendiri menggunakan resipi di bawah. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan cara membuatnya pun cukup mudah.

Baca juga: 3 Resipi Air Sihat & Menyegarkan Untuk Berbuka Puasa, Tak Manis Potong Kaki!

RESIPI AIR JELLY LIMAU KASTURI

air jelly

Bahan-bahan jelly:

  • 1 paket kecil serbuk jelly mangga

Cara buat jelly:

  1. Ikut arahan yang tertera di belakang pek bungkusan dan tambah 6 sudu besar cordial lemon atau kordial markisa ke dalam adunan jelly.

Bahan-bahan lain:

  • 1-2 botol Air Penyejuk Badan Cooltopia dari Cap Kaki Tiga (atau air masak biasa)
  • Asam boi
  • Limau kasturi
  • Laici tin
  • Air gula (ikut kemanisan yang disukai)
  • Ais batu

Cara penyediaan:

  1. Sediakan mangkuk besar dan tuang 2-3 gelas air kosong, diikuti dengan air gula mengikut tahap kemanisan yang diingini.
  2. Masukkan 4-5 biji asam boi (jangan terlalu banyak, nanti rasa tak sedap), isi laici dari tin dan perahan air limau kasturi.
  3. Tambahkan ais dan jelly yang telah dihiris-hiris.
  4. Kacau perlahan sehingga sebati.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Jus Epal Asam Boi Sihat Dan Segar, Minum Segelas Pun Rasa Tak Cukup

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN