cara rebus telur puyuh

Ramai yang menghadapi masalah kulit telur puyuh susah dikupas, isi pula pecah dan melekat. Rupanya, ini cara rebus telur puyuh yang betul dan mudah.

Rahsianya terletak pada suhu air dan cara menyejukkan telur selepas direbus. Nampak mudah, tapi langkah kecil ini memberi perbezaan besar pada hasilnya.

Telur puyuh yang direbus dengan sempurna bukan sahaja nampak cantik dan licin, malah lebih mudah dikupas tanpa merosakkan bentuk asalnya.

Dalam perkongsian kali ini, jom pelajari langkah mudah dan petua praktikal untuk merebus telur puyuh supaya hasilnya sempurna setiap kali. Kulitnya mudah tanggal, tidak pecah dan putih telurnya kekal cantik. Nampak elok bila dihidangkan!

Baca juga: Petua Elak Lipas Bersarang Dalam Kabinet Dapur, Cara Semula Jadi Tanpa Guna Racun!

CARA REBUS TELUR PUYUH

cara rebus telur puyuh

Bahan-bahan:

  • Telur puyuh
  • Air untuk merebus
  • Secubit garam

Bahan-bahan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan hingga betul-betul mendidih. Tambahkan secubit garam. Pastikan paras air cukup untuk menenggelamkan semua telur puyuh.
  2. Bila air sudah mendidih, masukkan telur puyuh satu per satu dengan perlahan supaya kulitnya tidak retak. Rebus selama 4-5 minit sahaja.
  3. Bila telur dah masak, toskan air panas dan terus rendam dalam air sejuk atau air ais selama beberapa minit. Ini bantu hentikan proses memasak dan mudahkan proses mengupas.
  4. Bila telur dah sejuk, ketuk perlahan seluruh kulit telur dan kupas dalam air. Kulit akan tertanggal dengan mudah tanpa koyak putih telurnya.

Sumber: Facebook

Baca juga: Cara Simpan Udang Tahan Lama, Tabur Sedikit Bahan Rahsia Terus Segar Macam Baru Naik Dari Laut

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN