
Tauhu mudah rosak jika tidak disimpan dengan betul, ia mudah menjadi busuk dan berlendir. Oleh itu, penting untuk tahu tip simpan tauhu supaya tahan lama dan tidak membazir.
Salah satu cara mudah ialah dengan memerah sedikit limau kasturi ke atas tauhu sebelum menyimpannya. Limau kasturi membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria.
Selain itu, cara penyimpanan yang betul juga penting supaya tauhu tahan sehingga 2 minggu bergantung pada kesegaram asal tauhu.
Baca juga: Cara Halau Bari-Bari Dari Hinggap Buah & Sayur, Seekor Pun Takut Nak Datang!
TIP SIMPAN TAUHU SUPAYA TAHAN LAMA SAMPAI 2 MINGGU

Cara-cara menyimpan tauhu:
- Basuh tauhu dengan air bersih bagi memastikan sisa pengeluaran dan kotoran dibuang sepenuhnya.
- Masukkan tauhu ke dalam bekas kedap udara.
- Isi bekas dengan air suam atau air paip yang telah dimasak.
- Perah sebiji limau kasturi ke atas tauhu sebelum menutup bekas, kerana limau kasturi membantu mengelakkan tauhu cepat busuk atau berlendir.
- Simpan bekas tersebut di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran tauhu lebih lama.
Dengan cara ini, tauhu biasanya boleh disimpan sehingga seminggu dan kadang-kadang boleh tahan hingga 2 minggu bergantung pada kesegaran asal tauhu. Semoga bermanfaat!
Sumber petua dan gambar: Mieya Angler
Baca juga: Cara Rebus Telur Puyuh Supaya Senang Kupas, Tak Pecah & Kulit Tanggal Cantik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














