tip goreng sardin

Rupa-rupanya, ada tip goreng sardin tak meletup-letup, anda boleh baca artikel ini sehingga habis. 

Sardin antara menu hidangan ringkas yang menjadi kesukaan ramai. Satu lauk ni pun dah cukup makan dengan nasi putih. Memang cukup berselera dibuatnya!

Baca juga: Sardin Masak Lemak Cili Api, Sedap Juga Rupanya Buat Lauk Macam Ni!

Mungkin ada diantara kita yang tidak tahu, sardin akan bertambah sedap jika digoreng terlebih dahulu.

Tapi ramai yang risau kerana ikan sardin akan meletup-letup apabila digoreng? Jangan risau, ada petua untuk menggelak ia berlaku. Nak tahu tipnya, mari ikuti perkongsian di bawah ini.


TIP GORENG SARDIN TAK MELETUP

tip goreng sardin

Petuanya hanya tambahkan 1 sudu tepung beras ke dalam minyak gorengan. Memang tak meletup! Tekstur lauk sardin pun menjadi lebih sedap.

Video Penuh:

@resepidapurkakshaz

SAMBAL SARDIN RESEPI ARWAH IBUKU . Semoga resepi ini bermanfaat. Selamat mencuba

♬ Yang Mana Satu Idaman Kalbu – Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma

Selepas dah garing boleh angkat dan masak ikut kesukaan. Antara resipi yang boleh anda cuba adalah Sardin Cili Padi perkongisan Shazura Bahari ini. Memang lain dari yang lain. Kena cuba!

Resipi Sardin Tin Cili Padi

Boleh juga cuba resipi sardin tin cili padi yang dikongsi oleh Shazura. Caranya lain sikit tapi memang menyelerakan.

1. Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah

2. Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar hingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau

4. Akhir sekali perah limau kasturi atau lemon. Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan.


Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok Shahzura Bahari

Baca juga: Sambal Tumis Sardin Dengan Kentang, Bukan Main Sedap Dengan Nasi Panas panas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN