Categories: Tips & Petua

Tip Mudah Hilangkan Bau Tengik Pada Kacang Tanah, Ikut 5 Langkah Mudah Ini!

Pernah tak bila beli kacang tanah, tapi bila buka saja bungkusan terus terhidu bau yang kurang menyenangkan? Ya, inilah masalah kacang tanah bau tengik yang biasa berlaku kalau disimpan terlalu lama atau tidak kena cara.

Bau tengik ini bukan saja buat rasa kacang jadi tak sedap, malah boleh rosakkan keseluruhan hidangan jika digunakan dalam masakan. Sebenarnya, ada beberapa cara mudah yang boleh bantu elakkan kacang tanah jadi tengik.

Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa tip mudah hilangkan bau tengik pada kacang tanah. Dari cara memilih kacang segar hinggalah teknik simpanan yang betul. Jom baca dengan lebih lanjut!

Baca juga: Tip Simpan Santan Agar Kekal Segar & Tak Beku Keras Dalam Peti, Balut Dengan ‘Ini’!

5 CARA MUDAH ELAK KACANG TANAH BAU TENGIK

1. Pilih kacang tanah yang tidak kering dan layu

Elakkan membeli kacang yang sudah nampak kecut, berkedut atau terlalu ringan kerana itu tanda ia sudah lama disimpan. Pastikan memilih kacang yang segar kerana ia lebih tahan lama.

2. Simpan kacang tanah tidak lebih dari 3 bulan

Gunakan dalam tempoh tiga bulan untuk kekalkan rasa dan aroma kacang yang sedap. Minyak dalam kacang boleh menjadi tengik jika disimpan terlalu lama.

3. Simpan di bekas yang kedap udara

Simpan kacang dalam bekas kedap udara akan mengelakkan ia terkena udara lembap atau bau-bauan lain, yang mana boleh mempercepatkan bau tengik.

4. Simpan kacang tanah di dalam peti sejuk

Suhu sejuk bantu memperlahankan kerosakan minyak dalam kacang. Simpan kacang dalam bekas kedap sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.

5. Keringkan kacang tanah guna oven

Jika kacang sudah mula berbau, bakar seketika dalam oven pada suhu rendah untuk keringkan minyak dan hilangkan bau tengik. Kacang juga akan rasa  lebih rangup!

Sumber: Cangcomak

Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

4 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

4 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

5 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

5 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

6 hours ago