
Pernah tak bila nak guna gula putih, tiba-tiba dah jadi keras berketul-ketul? Nak ceduk pun susah, apatah lagi nak bancuh dalam minuman atau masakan.
Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh kita buat untuk elak masalah ini. Tak perlu beli bekas mahal atau guna bahan pelik-pelik.
Cuma dengan beberapa trik ringkas, gula yang disimpan boleh tahan lebih lama, kekal lembut dan senang digunakan bila-bila masa.
Dalam artikel ini, jom kami kongsikan beberapa tip mudah untuk pastikan gula tak keras, tak berketul dan paling penting, tak membazir. Selepas ini tak perlu lagi ‘ketuk-ketuk’ bekas gula!
Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!
TIPS ELAK GULA PUTIH JADI KERAS

1. Pastikan Guna Bekas Kedap Udara
Untuk elakkan gula jadi keras atau berketul, simpan dalam bekas yang bertutup rapat. Bekas kedap udara penting supaya gula tak terdedah kepada angin dan kelembapan.
2. Guna Beg Plastik ‘Reasealable’
Kalau tak ada bekas, anda boleh guna beg plastik jenis ‘resealable’. Tutup kemas supaya udara tak masuk dan gula kekal elok lebih lama.
3. Lembutkan Gula Guna Sekeping Roti
Kalau gula dah mula mengeras, cuba letak sekeping roti dalam bekas gula semalaman. Roti akan bantu beri semula kelembapan, terutamanya untuk gula perang.
4. Gunakan Hirisan Buah Epal
Selain roti, hirisan epal pun boleh digunakan. Letak beberapa keping epal dalam bekas gula dan biarkan selama beberapa hari. Gula yang keras akan jadi lembut kembali.
Sumber: Facebook
Baca juga: 10 Sayur Hijau Yang Tahan Lama Lebih Seminggu, Tak Perlu Ulang-Alik Ke Pasar!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














