
Pernah tak bila beli kacang tanah, tapi bila buka saja bungkusan terus terhidu bau yang kurang menyenangkan? Ya, inilah masalah kacang tanah bau tengik yang biasa berlaku kalau disimpan terlalu lama atau tidak kena cara.
Bau tengik ini bukan saja buat rasa kacang jadi tak sedap, malah boleh rosakkan keseluruhan hidangan jika digunakan dalam masakan. Sebenarnya, ada beberapa cara mudah yang boleh bantu elakkan kacang tanah jadi tengik.
Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa tip mudah hilangkan bau tengik pada kacang tanah. Dari cara memilih kacang segar hinggalah teknik simpanan yang betul. Jom baca dengan lebih lanjut!
Baca juga: Tip Simpan Santan Agar Kekal Segar & Tak Beku Keras Dalam Peti, Balut Dengan ‘Ini’!
5 CARA MUDAH ELAK KACANG TANAH BAU TENGIK
1. Pilih kacang tanah yang tidak kering dan layu
Elakkan membeli kacang yang sudah nampak kecut, berkedut atau terlalu ringan kerana itu tanda ia sudah lama disimpan. Pastikan memilih kacang yang segar kerana ia lebih tahan lama.
2. Simpan kacang tanah tidak lebih dari 3 bulan
Gunakan dalam tempoh tiga bulan untuk kekalkan rasa dan aroma kacang yang sedap. Minyak dalam kacang boleh menjadi tengik jika disimpan terlalu lama.
3. Simpan di bekas yang kedap udara
Simpan kacang dalam bekas kedap udara akan mengelakkan ia terkena udara lembap atau bau-bauan lain, yang mana boleh mempercepatkan bau tengik.
4. Simpan kacang tanah di dalam peti sejuk
Suhu sejuk bantu memperlahankan kerosakan minyak dalam kacang. Simpan kacang dalam bekas kedap sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.
5. Keringkan kacang tanah guna oven
Jika kacang sudah mula berbau, bakar seketika dalam oven pada suhu rendah untuk keringkan minyak dan hilangkan bau tengik. Kacang juga akan rasa lebih rangup!
Sumber: Cangcomak
Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














