santan segar

Santan segar adalah bahan penting dalam masakan tradisional kita. Daripada rendang, kari hinggalah ke kuih-muih.

Tapi satu masalah yang selalu timbul bila simpan santan dalam peti sejuk beku ialah ia keras membatu dan tekstur jadi berbiji-biji bila dicairkan semula. Ini boleh menjejaskan rasa dan keaslian masakan.

Tapi jangan risau! Seorang peniaga santan berkongsi satu petua mudah tapi sangat berguna untuk pastikan santan yang disimpan dalam peti kekal segar, tak beku keras dan sedia digunakan bila-bila masa.

Baca juga: Cara Basuh Ayam Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Hilangkan Segala Lendir & Bau

TIP SIMPAN SANTAN SEGAR DALAM PETI AGAR KEKAL SEGAR & TAK KERAS MEMBEKU

santan segar

Rahsianya adalah dengan menggunakan surat khabar yang dibasahkan. Kaedah ini bukan sahaja membantu mengekalkan kesegaran santan, malah menghalang ia dari membeku sepenuhnya.

Bila tiba masa untuk digunakan, santan kekal dalam keadaan elok dan tidak perlu tunggu lama untuk mencairkannya.

Cara-caranya:

  1. Masukkan santan ke dalam bekas bertutup atau plastik. Gunakan bekas yang bersih dan kedap udara untuk memastikan santan tidak tercemar dan kekal segar.
  2. Basahkan sekeping surat khabar. Renjis dengan sedikit air hingga lembap, cukup untuk membalut bekas.
  3. Balut bekas santan dengan surat khabar basah tadi. Pastikan seluruh permukaan bekas dibalut kemas.
  4. Simpan dalam peti sejuk beku seperti biasa.

Sumber: Ariff Mardhiah

Baca juga: Petua Kacang Tanah Yang Rangup & Wangi, Rupanya Kena Goreng Ikut Cara Ini!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN