Kalau siapa yang pernah ke Ipoh, mesti tahu nasi ganja ini adalah di antara nasi kandar yang terkenal. Tapi, musim PKP ni kita semua tidak boleh merentas negeri untuk merasa nasi ganja kan? Jangan risau korang boleh cuba buat di rumah, memang sedap dan puas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Amie di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kalau siapa yang pernah ke Ipoh, mesti tahu nasi ganja ini adalah di antara nasi kandar yang terkenal. Tapi, musim PKP ni kita semua tidak boleh merentas negeri untuk merasa nasi ganja kan? Jangan risau korang boleh cuba buat di rumah, memang sedap dan puas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Amie di Facebook.
3 cawan beras basmhati (cuci bersih, rendam 30 minit, toskan)
4 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
4 biji bawang putih – hiris*
1 biji bawang besar – hiris*
1 inci halia – hiris*
3 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
5 biji buah pelaga*
3 biji bunga cengkih*
1 bungkus kecil serbuk rempah sup Adabi*
Beberapa titis pewarna kuning telur
6 sudu besar sos cili
Garam secukupnya
Kredit: Amie
Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan sehingga panas.
Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.
Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggie.
Tambahkan garam secukupnya.
Setelah mendidih, masukkan beras, kacau hingga air hampir kering. Tutup periuk dan kecilkan api.
Biar nasi tanak lebih kurang 5 – 7 minit. Tutup api dan biarkan sekejap dalam 5 minit sebelum buka tudung dan kacau rata.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…