Categories: Infomasi

Tempat Makan Halal Di Ho Chi Minh, Ini Senarai Port Muslim Wajib Singgah, Terutama No. 6!

Negara Vietnam menjadi destinasi pelancongan yang semakin terkenal termasuk mereka yang beragama Islam. Keistimewaan serta tarikan yang ada di negara ini membuatkan pelancong terpikat. Oleh yang demikian, jom kita terokai tempat makan halal Vietnam terutama sekali di kota Ho Chi Minh.

Makanan halal juga semakin berkembang pesat dari tahun ke tahun. Jadi beberapa kedai yang disenaraikan ini, anda wajib singgah jika melancong ke Ho Chi Minh!

Baca lagi: Cara Buat Sambal Pauh Muda, Memang Menu Penambah Selera Makan!

TEMPAT MAKAN HALAL HO CHI MINH

1. Halal Saigon

Kredit: Tripadvisor

Restoran yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2010 ini menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang dipadukan dengan hidangan tempatan. Halal Saigon ini juga menjadi tarikan pelancong Muslim untuk singgah kerana ia terletak di pusat bandar.

Tempat ini bukan sahaja menarik minat pengunjung Muslim, tetapi juga terbuka kepada semua yang ingin mencuba dan menikmati makanan halal. Antara hidangan yang popular di sini termasuk spring roll dan sup Pho, yang dihidangkan dengan mi beras dan irisan daging lembu dalam kuah kaldu ayam, serta banyak lagi pilihan lain.

Alamat: 31 Đ. Đông Du, Bến Nghé, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu: Setiap hari, 11 am – 9:30 pm

2. Baba’s Kitchen

Kredit: Tripadvisor

Baba’s Kitchen di Kota Ho Chi Minh menyajikan hidangan yang sesuai dengan citarasa masyarakat Asia seperti kita. Walaupun menu utama mereka berfokus pada masakan India, ramai pengunjung dari Asia memberikan komen yang sangat positif mengenai restoran ini.

Jangan risau selain hidangan India, terdapat juga pilihan lain seperti bubur beras manis, Pho sayuran, nasi ayam, puding beras, dan banyak lagi. Para pelayan di sini sangat mesra dan sentiasa bersedia memberikan layanan terbaik kepada pelanggan!

Alamat: 274 Đ. Bùi Viện, Phường Phạm Ngũ Lão, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu: Setiap hari, 11 am – 11 pm

3. Halal Amin Pho Muslim

Kredit: muncity.blogspot.com

Menu utama di sini adalah Mi Pho, iaitu mi sup dengan pilihan ayam atau daging, yang menjadi kegemaran ramai pelancong. Keunikan mi yang digunakan, mirip mi kuey teow tetapi lebih halus dan lembut, menjadikan hidangan ini lebih menarik.

Ditambah pula dengan sambal, Mi Pho yang ringkas ini menjadi hidangan yang sangat lazat, terutamanya bagi penggemar sambal.

Tambahan lagi, restoran Pho Muslim dikenali sebagai destinasi yang paling popular dan wajib dikunjungi untuk mencuba menunya!

Alamat: 31 Đ. Nguyễn An Ninh, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu: Setiap hari, 7 am – 9 pm

4. Ben Thanh Market

Kredit: 63Stravel

Sambil anda membeli-belah di pasar ini, anda juga boleh mencuba beberapa makanan halal yang dijual. Di sini, anda dapat mencuba menu khas Vietnam seperti mi Pho dan pelbagai jajanan halal lain dengan harga yang berpatutan.

Rugi kalau dah sampai tapi tak cuba!

Alamat: Ben Thanh, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam

5. The Daun Restoran

Kredit: Tripadvisor

Restoran Daun adalah antara pilihan utama pelancong Muslim, terutama kerana hidangan sup yang ditawarkannya. Anda boleh mengunjunginya dengan berjalan kaki dari Pasar Ben Thanh. Restoran ini menawarkan menu khas Vietnam seperti Pho yang terbuat dari daging lembu dengan rasa unik, serta mi daging lembu pedas, nasi goreng, dan minuman lemon tea yang istimewa.

Di samping itu, terdapat juga pilihan makanan Malaysia dan barat. Yang paling menarik, mereka menyediakan WIFI percuma untuk para pengunjung yang datang untuk menikmati hidangan.

Alamat: 48 Đ. Lê Lai, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu: Setiap hari, 12 pm – 10 pm

6. Restoran Hajah Basiroh

Kredit: Tripadvisor

Restoran ini pasti akan menjadi kegemaran pengunjung dari Malaysia kerana nasi putih yang disajikan bersama pelbagai pilihan lauk pauk yang segar dan enak, membuatkan mereka seolah-olah sedang menikmati hidangan di Malaysia. Selain nasi dan lauk pauk, terdapat juga banyak lagi pilihan menu lain yang boleh anda cuba.

Restoran Hajah Basiroh ini juga sangat tidak asing di kalangan pelacong Malaysia. Jadi, anda wajib letakkan restoran ini dalam itinerari percutian!

Alamat: 33 Đ. Nguyễn An Ninh, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu: Setiap hari, 7 am – 10 pm

Selamat mencuba dan selamat bercuti!

Sumber: Trip Jalan

Baca lagi: Nasi Planta Safron, Nasi Gebu & Wangi ‘Confirm’ Terpikat Selera

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

7 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

7 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

7 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

7 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

8 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

9 hours ago