Categories: Infomasi

Bukan Hanya Bau Harum, Rupanya Daun Pandan Ada 21 Khasiat Tersembunyi Ini, Memang Menakjubkan!

Daun pandan, yang terkenal dengan baunya yang wangi, bukan sahaja sering digunakan dalam masakan, tetapi juga penuh dengan khasiat untuk kesihatan. Ia boleh digunakan dalam pelbagai hidangan, dari kuih-muih hingga lauk-pauk.

Selain itu, daun ini juga sering digunakan dalam perubatan tradisional. Ia dikatakan mampu membantu merawat pelbagai masalah kesihatan, seperti menurunkan tekanan darah, merawat lemah saraf dan sebagainya.

Dalam artikel ini, kita akan lihat beberapa khasiat menarik di sebalik daun hijau ini yang mungkin anda tak tahu. Siapa sangka, ia bukan hanya sedap, tapi juga bermanfaat untuk kesihatan!

Baca juga: Tak Ramai Tahu Kewujudan ‘Pisang Blue Java​’, Rasa Seperti Aiskrim Vanilla!

21 KHASIAT DAUN PANDAN

1. Mengatasi lemah syahwat

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun hijau ini juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki.

Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba dan tiga daun pandan. Cuci bersih dan potong kecil-kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari, setiap pagi dan petang, masing-masing satu gelas.

2. Mengubati lemah saraf

Ambil 3 daun pandan dan cuci bersih. Kemudian dipotong-potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas. Setelah suam, minum ramuan tersebut dua kali sehari, setiap pagi dan petang, masing-masing satu gelas.

3. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas saja. Minum airnya.

4. Menurunkan bacaan gula

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang. Dicuci bersih, rebus dan buat minuman. Pagi segelas dan petang segelas.

5. Mengatasi sembelit

Rebus daun pandan dan minum airnya.

6. Mencuci kewanitaan

Rebus daun pandan, daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sedikit garam. Setelah suam, buat cuci kewanitaan.

7. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

8. Menghilangkan bau badan

Kisar daun pandan dengan limau. Kemudian, gosok-gosok pada badan, ketiak. Sabun serta bilas. Buat beberapa kali.

9. Melembutkan daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

10. Buka selera makan

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

11. Makanan tidak cepat basi

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

12. Merawat rambut

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

13. Pewarna asli

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

14. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun ini secara kerap, dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

15. Menurunkan kolesterol

Selain menurunkan tekanan darah tinggi, mengamalkan minuman air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

16. Merawat gout

Ambil tujuh helai daun dan rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas. Setelah suam, bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang, buat setiap hari.

17. Buang angin dalam badan

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu dan diminum suam.

18. Pewangi alami

Ikat atau potong daun kecil-kecil ke dalam bekas. Letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semula jadi.

19. Merawat resdung, jeragat dan jerawat gajah

Kisar daun bersama buah limau. Kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih. Atau boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk. Tampal tebal-tebal bila dah kering, gosok-gosok dengan sapu tangan, kemudian dibilas dengan air suam.

20. Merawat susah tidur

Ambil daun dan jemur kering. Digunting kecil-kecil dan masukkan dalam bantal. Ini sebagai ganti kekabu atau kapas. Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

21. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

Sumber: هحمد ابراهيم قاسيم

Baca juga: Daun Pandan vs Daun Suji, Nampak Sama Tapi Sebenarnya Berbeza!

Wan N

Recent Posts

Resepi Roti Sosej Cheese Gebu, Letak Butter Dalam Doh Memang Lagi Sedap & Wangi!

Kalau anak-anak memang suka roti sosej, resepi roti sosej cheese ini memang wajib cuba. Doh…

6 mins ago

Setiap Pagi ‘Perang’ Nak Suruh Anak Sarapan? Cuba 5 Resipi Ini, Memang Menarik Perhatian Si Manja!

"Tak nak makan...", "Nanti lah..." atau "Tak lapar lagi..." Kalau anda pernah dengar ayat ini…

12 hours ago

Jangan Terus Buang Sambal Pahit Sebab Hangit, Rupanya Boleh Diselamatkan Guna Cara INI!

Cara hilangkan pahit sambal yang hangit sebenarnya boleh dicuba dengan beberapa petua mudah menggunakan bahan…

16 hours ago

Bestnya! Anugerah Juara Lagu Ke-40 Boleh Ditonton Dari Rumah, Ini Tarikh Undian Yang Ramai Tunggu

Bagi peminat Anugerah Juara Lagu, tak dapat hadir ke Unifi Arena bukan bermakna perlu terlepas…

16 hours ago

Resipi Kek Yogurt Blueberry, Tekstur Lembut Macam Cheesecake & Tak Perlu Bakar Guna Oven

Kalau teringin makan manis tetapi nak sesuatu yang lebih ringan, kek yogurt blueberry ini boleh…

17 hours ago

Resipi Karipap Rangup Guna ‘Rice Paper’, Cara Ini Lagi Mudah Sebab Tak Perlu Uli Doh

Kalau teringin makan karipap tetapi nak versi yang lebih mudah, boleh cuba resipi karipap rice…

18 hours ago