Categories: Resipi

Resipi Telur Kicap Sambal, Menu Ringkas Untuk Sahur Tapi Sedap Teramat!

Masakan berasaskan telur sering menjadi pilihan ramai untuk sahur kerana ia sangat mudah dan cepat disediakan. Salah satu resipi yang boleh dicuba ialah telur kicap sambal.

Kalau dah buntu tak tahu nak masak apa, menu ini memang pilihan terbaik. Maklumlah, kita semakin menghampiri penghujung Ramadan, pasti ramai yang kehabisan idea. Jadi, jom cuba!

Baca juga: Petua Asam Pedas Cara Orang Johor Yang Sedap, Kuah Pekat Elok Pasti Terangkat!

RESEPI TELUR KICAP SAMBAL

Bahan-bahan sambal:

  • 2 batang cili merah
  • 2 batang cili padi merah
  • 1 biji bawang besar / 3 ulas bawang merah
  • 1 biji tomato

(Jika suka lebih pedas, boleh tambah cili mengikut cita rasa)

Cara penyediaan sambal:

  1. Rebus semua bahan di atas sehingga layu, kemudian toskan.
  2. Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah direbus.
  3. Tumis sambal hingga naik bau, kemudian perasakan dengan garam atau serbuk perasa mengikut selera.

Bahan-bahan telur:

  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji limau nipis (untuk perahan)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan telur:

  1. Tumis bawang besar yang telah dihiris nipis hingga wangi.
  2. Pecahkan telur ke dalam kuali, kemudian renjis sedikit kicap manis.
  3. Akhir sekali, tuangkan sambal yang telah dimasak tadi, tutup api, dan perahkan sedikit limau untuk rasa yang lebih sedap.

Sumber: Nurul Aini

Baca juga: Resipi Mi Rebus Utara Kuah Pekat, Buat Banyak Kali Pun Tak Rasa Jemu!

Wan N

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

1 hour ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

6 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

7 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

8 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

8 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

8 hours ago