
Masakan berasaskan telur sering menjadi pilihan ramai untuk sahur kerana ia sangat mudah dan cepat disediakan. Salah satu resipi yang boleh dicuba ialah telur kicap sambal.
Kalau dah buntu tak tahu nak masak apa, menu ini memang pilihan terbaik. Maklumlah, kita semakin menghampiri penghujung Ramadan, pasti ramai yang kehabisan idea. Jadi, jom cuba!
Baca juga: Petua Asam Pedas Cara Orang Johor Yang Sedap, Kuah Pekat Elok Pasti Terangkat!
RESEPI TELUR KICAP SAMBAL

Bahan-bahan sambal:
- 2 batang cili merah
- 2 batang cili padi merah
- 1 biji bawang besar / 3 ulas bawang merah
- 1 biji tomato
(Jika suka lebih pedas, boleh tambah cili mengikut cita rasa)
Cara penyediaan sambal:
- Rebus semua bahan di atas sehingga layu, kemudian toskan.
- Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah direbus.
- Tumis sambal hingga naik bau, kemudian perasakan dengan garam atau serbuk perasa mengikut selera.
Bahan-bahan telur:
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 2 biji telur
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 biji limau nipis (untuk perahan)
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara penyediaan telur:
- Tumis bawang besar yang telah dihiris nipis hingga wangi.
- Pecahkan telur ke dalam kuali, kemudian renjis sedikit kicap manis.
- Akhir sekali, tuangkan sambal yang telah dimasak tadi, tutup api, dan perahkan sedikit limau untuk rasa yang lebih sedap.
Sumber: Nurul Aini
Baca juga: Resipi Mi Rebus Utara Kuah Pekat, Buat Banyak Kali Pun Tak Rasa Jemu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














