resepi asam pedas johor

Resepi Asam Pedas Johor memang terkenal dengan rasanya yang sedap dan berkuah pekat. Sebenarnya, masak asam pedas ada banyak cara, bergantung pada negeri. Jadi kita boleh menikmati asam pedas dengan pelbagai rasa yang berbeza.

Kalau anda dah pernah cuba asam pedas Melaka atau utara, apa kata kali ini cuba asam pedas Johor pula. Resipi yang dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad ini pasti sedap dan lain dari yang lain!

Baca juga: Cara Masak Laksa Johor Asli, Guna Ikan Jenis Ini Supaya Kuah Lebih Pekat & Padu

RESEPI ASAM PEDAS JOHOR

resepi asam pedas johor

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 senduk penuh cili kering
  • Sedikit belacan (ikut cita rasa, jika tidak mahu boleh abaikan)
  • 1 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan Lain:

  • Ikan (boleh guna sebarang jenis ikan)
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • Daun kesum
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan air biasa
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering yang telah diblend dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih.
  4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak sehingga bau harum.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah dikerat dan tambahkan garam secukup rasa.

Tips: Anda boleh tambah bendi atau tomato jika suka. Tambah juga sedikit air jika kuah terlalu pekat.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Resipi Mee Rebus Style Johor, Kuah Pekat Likat Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN