telur goreng kicap

Kalau anda tengah cari idea lauk yang ringkas tapi tetap terangkat, wajib cuba resipi Telur Goreng Kicap Pedas ini. Bayangkan, baunya saja boleh buat perut tiba-tiba lapar.

Perkongsian resipi Telur Goreng Kicap Pedas oleh Laila’s Menu sesuai untuk anda yang nak lauk ekspres, terutama bila balik kerja atau sibuk seharian. Jom kita cuba!

Baca juga: Telur Masak Tomato Tanpa Bawang, Resipi Pantas Ini Dapat Pikat Selera Keluarga!

RESIPI TELUR GORENG KICAP PEDAS

telur goreng kicap

Bahan utama:

  • Beberapa biji telur (siap digoreng atau boleh guna telur rebus)

Bahan sos:

  • Kicap manis
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili

Bahan hiris:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili kering kisar (ikut tahap pedas)
  • Cili padi merah atau hijau
  • Daun sup atau daun bawang

Cara-cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.

2. Masukkan cili kering kisar, tumis sampai garing dan naik bau.

3. Tambahkan sos tiram dan sos cili, kemudian kacau rata.

4. Masukkan kicap manis secukupnya bersama sedikit air.

5. Apabila kuah mula mendidih, masukkan telur goreng atau telur rebus. Gaulkan perlahan.

6. Perlahankan api dan biar kuah mereneh seketika.

7. Akhir sekali, masukkan cili padi dan daun sup atau daun bawang.

Tips tambahan:

  • Kalau nak lebih pekat, biarkan kuah mereneh sedikit lama.
  • Nak lebih pedas, tambah cili kisar atau cili padi.
  • Telur rebus bagus untuk serapan kuah, telur goreng pula bagi aroma lebih wangi.

Telur Goreng Kicap Pedas sebenarnya lebih sedap jika kuahnya pekat manis, jadi ia memang sesuai sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi putih yang panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Laila’s Menu

Baca juga: Cara Masak Telur Sambal Tak Pecah Kuning, Ramai ‘Save’ Sebab Terlalu Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN