cara masak telur sambal

Sudah hampir hujung bulan, mesti ramai cari resipi paling bajet dan senang masak. Kali ini, kami kongsikan cara masak telur sambal tak pecah kuning yang menarik untuk anda cuba.

Selalunya yang menyebabkan telur kuning pecah ialah api terlalu besar atau kita terlalu awal mengacau sambal. Jangan risau, ada cara untuk pastikan kuning telur bulat sempurna.

Ramai tertarik dengan perkongsian oleh farahanarashid di Threads kerana cara masak telur sambal tak pecah kuning sangat praktikal dan memang menjadi. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Menu Bajet Hujung Bulan Tapi Buat Bertambah Nasi!

CARA MASAK TELUR SAMBAL TAK PECAH KUNING

cara masak telur sambal

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Sos tiram
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Minyak (lebih daripada biasa untuk pastikan sambal tak kering)
  • Telur

Cara-cara memasak:

  1. Satukan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Kisar sampai halus.
  2. Panaskan minyak (lebih sedikit supaya sambal masak sekata dan tak cepat hangus).
  3. Tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, serbuk perasa, sedikit gula, dan garam mengikut cita rasa.
  5. Kecilkan api sampai jadi betul-betul perlahan.
  6. Buat sedikit ruang pada sambal, kemudian pecahkan sebiji telur ke dalamnya.
  7. Biar sampai bahagian putihnya mula mengeras sedikit.
  8. Tambah telur seterusnya.
  9. Apabila telur pertama mula nampak putih sedikit, barulah masukkan telur kedua.
  10. Ulang langkah ini sampai semua telur dimasukkan (jangan kacau pada tahap ini, biarkan ia masak perlahan).
  11. Setelah semua telur berada dalam sambal dan bahagian luar telur sudah mengeras, barulah kacau perlahan-lahan.

Dengan minyak yang cukup dan api yang perlahan, sambal akan kekal cantik, kuning telur tak pecah dan kuahnya juga lebih berkilat.

Selamat mencuba!

Sumber: farahanarashid

Baca juga: Telur Mata Masak Kicap, Lauk Tunggu Gaji Paling ‘Legend’, Wajib Cuba Bila Poket Sendu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN