telur goreng kelapa

Seorang pengguna Facebook, Wan Shaz Hanis berkongsikan resipi telur goreng kelapa hasil ajaran mentuanya.

Dah biasa buat telur dadar letak bawang dan lada kan? Tapi resipi ini dianggap unik dan lain dari lain kerana telur dicampur bersama kelapa.

Rasanya juga boleh tahan sedap dan tak pelik sedikit pun. Kalau ada yang nak cuba, boleh lihat resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela

Resipi Telur Goreng Kelapa

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Kelapa parut
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada (kalau suka pedas)

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang, ikan bilis dan lada. Jangan terlalu hancur/lumat supaya rasa bahan tak hilang.

2. Pecahkan telur dan godak-godak telur, masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk serta masukkan juga kelapa parut, garam, ajinamoto dan sedikit kunyit. Kacau semua bahan sehingga rata.

3. Panaskan minyak, masak telur macam biasa dengan api yang sangat perlahan. Masak rata sehingga keluar bau kelapa.

telur goreng kelapa

4. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Wan Shaz Hanis

Baca juga: Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik Elok, Kena Ikut 3 Tips Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN