sup ayam thai

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam yang mampu memberikan rasa dan aroma sebegitu. Unik bukan?

Penyediaannya sangat mudah dan telah dikongsikan oleh saudari Noor Fathin Azlan h di laman sosial Facebook beliau. Jom lihat cara membuatnya di bawah.

Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

RESEPI SUP AYAM THAI

sup ayam thai

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji tomato (dipotong kecil)
  • 1 batang celery (dipotong kecil)
  • 1 biji lobak merah (dipotong bulat)
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 pek sup bunjut Adabi
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan tumis:

  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • 3 biji bawang merah (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 tangkai cili padi (ketuk kasar)
  • 1 batang serai (hiris halus)

Bahan tambahan:

  • Daun ketumbar (untuk hiasan)
  • Daun sup (untuk hiasan)
  • Cili potong (untuk hiasan)
  • 1 biji limau nipis (perahan jus)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumis di atas api perlahan. Tumis sehingga bahan-bahan garing, layu dan mengeluarkan bau wangi.
  2. Setelah itu, masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ayam, daun saderi (celery) dan lobak merah (carrot). Biarkan ayam dan lobak merah masak dengan sempurna.
  4. Kemudian, masukkan kiub pati ayam, sup bunjut Adabi, garam, gula dan sos ikan Thai. Kacau rata.
  5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, daun sup, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan asam limau nipis. Kacau seketika dan biarkan seketika di atas api.

Kredit: Noor Fathin Azlan

Baca juga: Resipi Sup Sayur Yang Ringan & Cepat Dimasak, Simple Tapi Mengenyangkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN