Seperti yang kita sedia maklum, gula sering digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman. Jika tiba-tiba kehabisan gula di rumah, anda boleh menggantikannya dengan madu menggunakan sukatan gula dalam cawan kepada madu ini.
Madu merupakan bahan semula jadi yang mempunyai manfaat kesihatan kerana mengandungi antioksidan, antibakteria semula jadi dan boleh membantu melegakan batuk.
Oleh sebab itu, tak hairanlah semakin ramai yang mula menggunakan madu dalam masakan. Namun begitu, kebanyakan resipi masih menggunakan sukatan gula dalam cawan.
Apabila sudah biasa memasak menggunakan gula, tiba-tiba nak tukar kepada madu pula. Jadi, berapa banyak madu perlu digunakan jika resipi tulis ‘1 cawan gula’?
Bagi menjawab persoalan itu, kami kongsikan sukatan gula kepada madu ini supaya mudah dijadikan rujukan apabila anda nak memasak di dapur nanti.
Baca juga: Perbezaan Gula Kastor Dan Gula Halus, Begini Cara Gunakannya Dengan Betul
1/4 cawan gula = 3 sudu makan madu
1/3 cawan gula = 3 sudu makan madu
1/2 cawan gula = 1/3 cawan madu
1 cawan gula = 3/4 cawan madu
2 cawan gula = 1.5 cawan madu
Rasa manis semula jadi yang ada pada madu lebih kuat dan pekat berbanding gula. Oleh sebab itu, ia tak perlu digunakan terlalu banyak dalam setiap hidangan.
Madu memang sesuai untuk kek, muffin, sos atau minuman. Tapi jika nak buat biskut yang rangup, kadangkala madu boleh bagi tekstur yang lebih lembut. Jadi, semuanya bergantung pada jenis hidangan yang anda nak hasilkan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: PnSyuhaida
Baca juga: Sukatan Gula Yang Betul Untuk Air Jamuan, Manis Cukup Rasa Bila Diminum!
Terasa rindu nak makan ikan celup tepung Terengganu, tetapi kesibukan kerja membuatkan kita tak selalu…
Kuih penyaram pandan antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, terutama bagi penggemar kuih berasaskan…
Kalau sedang mencari idea pencuci mulut untuk jamuan kelas anak-anak, boleh cuba buat puding tutti…
Kadangkala, hidangan yang paling ringkas itulah yang paling membuka selera. Terung bakar yang dipetik segar…
Tindakan seorang lelaki yang berkongsi cara mengukus semula nasi hampir basi menggunakan plastik pembungkus beras…
Resepi kuih tepung bungkus antara kuih tradisional yang mempunyai peminatnya tersendiri. Gabungan inti kelapa manis,…