Categories: Resipi

Resipi Ayam Madu Tanpa Letak ‘Madu’, Guna 3 Bahan Ini Pun Tetap Jadi!

Siapa sangka, rupa-rupanya resepi ayam madu tak semestinya kena guna madu pun. Resipi ini hanya perlukan tiga bahan dapur biasa saja, tapi hasilnya memang sedap.

Cara buat dia sangat ringkas, tak pening kepala dan sesuai sangat kalau hari tu kita rasa malas nak masak lauk yang renyah atau bahan pun dah tak cukup.

Yang paling menarik, ayam ini boleh dimasak ikut cara yang kita suka. Nak bakar boleh, nak guna air fryer pun boleh. Kalau nak masak dalam kuali non stick pun menjadi.

Jadi kalau nak tahu apa tiga bahan rahsia tu dan macam mana cara nak masaknya, jom baca sampai habis. Resipi ini memang berbaloi dicuba!

Baca juga: Cara Basuh Ayam Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Hilangkan Segala Lendir & Bau

RESEPI AYAM MADU BAKAR

Bahan-bahan:

  • Gula perang
  • Serbuk lada (inilah rahsia ayam jadi merah!)
  • Garam
  • Ayam (ikut berapa banyak nak masak)

Cara-cara:

  1. Masukkan gula perang, serbuk lada dan garam ke dalam bekas bersama ayam yang telah dipotong dan dibersihkan. Gaul rata hingga semua bahagian ayam bersalut dengan bahan perapan.
  2. Simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam. Lagi lama perap, lagi sedap! Masa ini bahan-bahan akan meresap masuk ke dalam isi ayam dan menjadikan rasanya lebih mantap. Jangan risau kalau nampak pekat, sebab masa perap nanti pes tu akan jadi lebih cair dengan sendirinya.
  3. Boleh bakar dalam oven atau air fryer sampai ayam masak dan berwarna merah keemasan. Kalau nak cepat, guna saja kuali non-stick, letak sikit saja minyak (atau tak letak langsung pun boleh) dan masak atas api sederhana. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata dan tak hangus.
  4. Teruskan memasak sampai ayam betul-betul masak, permukaan nampak berkilat dan kuah jadi sedikit pekat dan melekat pada ayam. Masa ini, aroma dia pun dah cukup buat jiran sebelah terliur!

Sumber: Nur Amalyna Zuraida

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Ketumbar, Perapan Rahsia Ini Confirm Sedap Menjilat Jari!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago