sotong masak phat phet

Mari cuba resipi Sotong Masak Phat Phet yang berasal dari negara Thailand ini. Masakan Thai dan masakan Melayu tak banyak bezanya dan menggunakan hampir kebanyakan bahan-bahan yang sama untuk pelbagai juadah.

Resipi ini menggunakan bahan-bahan masakan asas seperti bawang, cili, daun limau purut, serai, serbuk kunyit, dan serbuk lada hitam.

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Hidangan ini memang sedap dengan gabungan rempah dan sayur yang mudah. Jom cuba!


RESIPI SOTONG MASAK PHAT PHET

sotong masak phat phet

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1kg sotong (dicuci bersih)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 1 batang lobak merah
  • Bunga kubis
  • Anak jagung
  • 10 tangkai cili api (diketuk)
  • 1 biji bawang holand(dipotong)
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 sudu besar sos sotong
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Asam jawa
  • Gula

Bahan-bahan kisar:

  • 4 tangkai cili merah
  • 30 tangkai cili api
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yang di titik sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak)

3. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.

4. Akhir sekali, masukkan kacang panjang, lobak merah, bunga kubis dan kacau rata dan biarkan layu sedikit. Lepas itu angkat.

5. Siap dan hidangkan dengan nasi panas.


Selamat mencuba.

Sumber: Siti Syuhaida Ramli

Baca juga: Sotong Masak Ala Thai, Cukup Rasa Pedas Masam Manisnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN