Sos bolognese wajib ada stok kat rumah, senang bila nak masak spaghetti bolognese yang sentiasa menjadi pilihan tak kira masa. Tidak terkecuali ketika bulan puasa. Lagi-lagi pada waktu sahur, bila tak lalu nak makan nasi.
Bagi memudahkan kerja pada bulan Ramadan nanti, jom buat siap-siap sos bolognese dan bekukan dalam peti ais. Lagi sedap dari beli sos segera tau!
Jom ikut cara yang dikongsikan oleh Erni Abu Samah di bawah. Menurutnya juga, sos ini boleh buat untuk 5 kali makan dan boleh tahan sehingga 6 bulan.
1. Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis bawang besar dan bawang putih, jangan terlalu garing, cukup layu saja.
2. Masukkan tomato yang dikisar halus.
3. Masukkan 2 tin tomato puri bersama garam, gula, lada hitam dan semua daun herba.
4. Reneh atas api kecil selama 2 jam. Kurang 2 jam sedikit pun boleh.
5. Pada setengah jam terakhir, masukkan cendawan yang dihiris.
6. Bila kuah dah sejuk, masukkan dalam paket kecil sebelum disimpan dalam freezer. Kuah spaghetti ini boleh tahan sehingga 6 bulan.
Bila nak makan, hanya perlu tumis dengan daging cincang, tambah sos di atas dan perasakan mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga tambah beefball atau dijadikan sos lasagna atau pizza.
Kelar kulit tomato, kemudian celur dalam air menggelegak sehingga nampak kulitnya terkoyak. Jangan lama, nanti kulit tomato mudah dikupas macam kupas pisang.
Selamat mencuba.
Sumber: Erni Abu Samah
Biasanya, ramai yang menggunakan serbuk kunyit sebagai bahan utama ketika menyediakan ayam goreng. Namun, ayam…
Resepi mee wantan sup ini boleh dijadikan pilihan sarapan untuk anak-anak sebelum ke sekolah. Dalam…
Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…
Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…
Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…
Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…