pasta carbonara

Hidangan pasta carbonara yang asli sebenarnya tidak berkuah seperti yang kita selalu makan di kedai, kadang-kadang ada yang buat kuah sampai banjir.

Pasta carbonara yang asli hanya sedikit basah tapi tidak sampai berkuah banjir. Teksturnya pekat seolah-olah hampir tidak berkuah.

Saudara Wan Luqman ada berkongsikan cara buat pasta carbonara asli ala kafe mewah. Jom sama-sama baca perkongsiannya di bawah.

Resipi Pasta Carbonara

Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye.

Ok, resepi ni buat sos dia from scratch. Tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung! I kenot brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung

Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah (butter + tepung gandum).

Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. 

Bahan-bahan:

  • 60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)
  • 3 biji kuning telur
  • 3 biji cendawan swiss brown
  • 2-3sb parmesan cheese
  • Sedikit lada hitam
  • Beef lean / beef streaky

Cara-cara:

1. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ni. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua untuk 2 orang makan.

2. Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.

Guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak-lemak. Ni untuk menggantikan bacon.

3. Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih tu akan keluar di celah² dari.

4. Masukkan 2sb parmesan cheese dan 1sb lada hitam.

5. Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat.

6. Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.

7. Tumis bawang putih, cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak hotdog ke pun boleh. Kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.

8. Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.

Ceduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.

9. Bile air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye.

10. Tutupkan api dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Ambik 4-5sb macam tu.

11. Kacau bagi rata. Ingat tutup api ye. Sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pula.

Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai korang rasa kena citarasa.

Dah siap. Takde guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin² berlemak.

12. Hancurkan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula-mula tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni.

pasta carbonara

13. Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley.

14. Jadi, korang juga boleh buat 5 star carbonara macam kat resoran mewah tu di rumah. Selamat mencuba!

pasta carbonara

Kredit: Wan Luqman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN