sandwich telur rebus

Bangun saja dari tidur, pasti terfikir nak makan apa untuk sarapan pada hari ini. Jika ada roti dan telur rebus di rumah, anda boleh buat Sandwich Telur Rebus yang cukup mudah.

Sandwich Telur Rebus adalah hidangan sarapan paling digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Selain itu, ia merupakan pilihan makanan terbaik untuk potluck atau berkelah juga.

Nak buat Sandwich Telur Rebus yang sedap, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Shima Bakar di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Roti Goreng Tanpa Serap Minyak, Sedap Dibuat Sebagai Sarapan

RESIPI SANDWICH TELUR REBUS

sandwich telur rebus

Bahan-bahan inti:

  • 2 hingga 3 biji telur rebus (siap kupas)
  • 1 sudu besar mayonis
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Secubit garam
  • Secubit gula

Bahan-bahan sandwich:

  • 6 keping roti
  • Marjerin atau butter
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-cara menyediakan inti:

1. Hancurkan telur rebus dengan garfu.

2. Masukkan mayonis, serbuk lada hitam & putih, garam dan gula. Gaul sebati.

3. Bahagikan inti kepada 4 bahagian.

Cara-cara menyediakan sandwich:

1. Ambil 3 keping roti. Sapukan marjerin.

2. Ambil satu bahagian inti, letakkan diatas roti dan ratakan. Paip mayonis dan tutup dengan satu lagi kepingan roti.

3. Sapu marjerin di atas kepingan roti kedua, letakkan satu bahagian inti dan ratakan.

4. Paip mayonis dan sos cili dan tutup dengan kepingan roti ketiga. Siap 1 set sandwich.

5. Ulang langkah 1 hingga 5 untuk set sandwich kedua.

Cara-cara potong yang kemas:

1. Ambil 2 lidi sate, cucukkan di kiri kanan roti (boleh juga guna pencungkil gigi, tapi kalau roti 3 layer, pencungkil gigi akan tenggelam dalam roti. Risau pula kalau terlupa keluarkan, boleh mendatangkan bahaya).

sandwich telur rebus

2. Potong roti kepada 2 bahagian. Lidi sate berfungsi sebagai pemegang kepada roti, jadi roti tak “berlari ke sana ke mari” semasa dipotong.

3. Kemudian potong lagi kepada 4 bahagian.

4. Untuk kelihatan kemas, alas potongan sandwich dengan papercup yang cantik. Susun dalam bekas. Siap untuk dinikmati!

Jika nak buat pagi, malam sebelum tidur, anda boleh kukus siap-siap 2 biji telur selama 10 minit. Jika telur saiz kecil, buat 3 biji, tapi nak rebus macam biasa pun boleh.

Sandwich Telur Rebus ini sangat sesuai dijadikan sebagai idea sarapan atau bekal yang mudah. Setelah memakannya, pasti teringin nak buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Shima Bakar

Baca juga: Roti Pelangi Lembut Macam Span, Bukan Main Cantik Dia Punya Warna, Confirm Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN