menu jamuan raya

Sedang mencari idea menu jamuan raya untuk dibawa ke majlis potluck raya di sekolah anak ataupun tempat kerja? Jom MyResipi kongsikan beberapa idea menu potluck raya yang boleh dipertimbangkan untuk dimasak.

Acara makan-makan atau ‘potluck’ bukanlah perkara asing dalam kalangan masyarakat kita. Semestinya kita ingin membawa makanan yang menarik dan disukai ramai kan? Jadi mari kita ikuti resipi-resipi berikut di bawah.

IDEA MENU JAMUAN RAYA

1) Resipi Mi Goreng Basah

menu jamuan raya

Bahan-bahan:

  • 1 peket mee kuning
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili kering kisar

Bahan lauk (mengikut cita rasa):

  • Ayam cincang
  • Udang
  • Daging

Bahan sayur:

  • Telur
  • Sawi
  • Tomato

Bahan sos & perasa:

  • 5 tbsp sos cili
  • 1 tbsp sos tomato
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp kicap manis
  • 2 tbsp kicap pekat
  • 1 tbsp sos ikan
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 tbsp gula atau secukup rasa
  • 1/2tsp ajinomoto jika suka
  • 1/2 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.
  2. Masukkan bawang holland, cili kering kisar.
  3. Masukkan lauk pauk kecuali udang dan tumis lagi.
  4. Letak sedikit air dan semua sos.
  5. Masukkan udang.
  6. Pecahkan telur dan masukkan mee.
  7. Masukkan sayur dan gaul sebati. Siap!

Tips supaya mee goreng lebih sedap:

  • Guna sos sos mencukupi, jangan kedekut bahan.
  • Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap gila.
  • Bawang putih kena banyak, tumbuk kasar kasar.
  • Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee. Lagi membangkitkan rasa.

Kredit: Suhasnida Ismail

2) Menu Jamuan Raya – Resipi Bihun Goreng Kosong

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil udang kering*
  • 2 atau 3 sudu cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 atau 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
  • 3 biji telur
  • 1 bungkus bihun

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan 2 atau 3 sudu cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan 2 sudu besar sos cili, 1 atau 2 sudu besar sos tiram dan 3 sudu besar kicap. Kacau sehingga sebati.
  4. Letakkan 1 sudu besar gula.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.
  6. Ketepikan sos tumisan, masukkan 3 biji telur.
  7. Jangan kacau, biarkan sekejap.
  8. Akhir sekali masuk 1 bungkus bihun. Kacau hingga sebati.
  9. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Liza Idris

3) Resipi Bihun Goreng Singapore

Bahan kisar:

  • 3-4 biji bawang merah
  • 5-6 biji bawang putih
  • 1 sudu lada hitam
  • 2 sudu udang kering
  • 2 inchi halia

Bahan lain:

  • 400 gram bihun. Saya guna jenama Faiza, bihun lembut dan tak mudah hancur.
  • Udang (dibuang kulit)
  • Isi ayam
  • Fish Cake
  • Daun kucai
  • Lobak merah
  • Cili
  • Garam/ Gula

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar yang sudah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan isi ayam, fishcake dan udang. Gaul rata sehingga masak. 
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Kemudian, masukkan bihun yang sudah direndam dengan air sehingga lembut. 
  5. Masukkan lobak merah, kucai dan cili. Gaul sebati dan siap!

Baca juga: Tips Goreng Bihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam

Kredit: Zaky Mat Ali

4) Resipi Maggi Goreng Special

menu jamuan raya

Bahan-bahan:

  • 3 paket maggi kari (setengah masak)
  • 3 paket perencah maggi kari
  • Telur 3 biji
  • Sawi
  • Taugeh
  • Tomato 1 biji
  • Lobak merah
  • Bawang putih 7 ulas diketuk
  • Bawang merah 5 biji dihiris
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Fishball
  • Meatball
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
  • Sos cili 1½ sudu besar
  • Sos tomato 1½ sudu kecil
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Sos ikan 1 sudu kecil
  • Kicap Manis 1½ sudu besar
  • Light soy sauce 1 sudu kecil
  • Serbuk lada putih

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih sehingga garing.
  2. Masukkan bawang merah, masak sehingga keperangan.
  3. Tumiskan cili, masak sehingga pecah minyak. Masukkan fishball dan meatball. Masak sebentar.
  4. Pecahkan telur, masak seperti scramble egg.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul rata.
  6. Masukkan sawi, taugeh, lobak merah dan tomato. Gaul rata.
  7. Masukkan pula sos ikan dan light soy sauce (jika kurang masin).
  8. Letakkan serbuk lada putih dan sebiji telur lagi. Gaul sebati sehingga berasap.
  9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit: Nurul Ateekah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN