sambal sardin cili api

Wah! Kalau Sambal Sardin Cili Api ini dijadikan lauk tengah hari kita memang tak mampu nak tolak. Dengan ikan sardin goreng yang wangi, dimasak pula dengan petai memang sedap sangat!

Baca juga: Cara Buat Roti Sardin Kantin Sekolah, Tak Serap Minyak dan Rangup!

Lauk macam ini, kena makan dengan nasi panas atau roti gardenia. Memang tak sedar lauk ini akan cepat habis sebab ramai yang gemar.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mazliza Ahmad ini. Sedapnya tu memang rata- rata tahu. Sebenarnya lauk sardin bukan hanya sambal atau makan mentah dari tin je tau. Boleh tengok cara memasaknya di bawah. 


RESIPI SAMBAL SARDIN CILI API CAMPUR PETAI DAN KENTANG

sambal sardin cili api

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (asingkn kuah dan goreng ikan sardinnya)
  • 1 biji kentang (hiris dan goreng)
  • 1 biji tomato (hiris nipis)
  • Petai atau jering
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan kisar: 

  • 3 biji cili masak / cili besar
  • 12 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan

Cara memasak: 

1. Mula-mula, mesin kasar bahan kisar. Jangan terlalu hancur ya.

2. Panaskan minyak, dan tumis bahan mesin tadi. Kemudian masukkan tomato hiris.

3. Seterusnya, masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing

4. Masukkan garam dan serbuk perasa makanan

5. Akhir sekali masukkan sardin, kentang, petai dan bawang hiris. Biarkan beberapa minit sehingga kuahnya mendidih, baru lah padamkan api.


Selamat mencuba resipi Sambal Sardin Cili Api Campur Petai dan Kentang ini.

Baca juga: Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Guna ‘Pressure Cooker’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN