lapangan terbang

Sekiranya korang nak ‘fly’ sama ada untuk pergi bercuti atau bekerja seeloknya elak beli makanan ini ketika di lapangan terbang.

Ini adalah tips terutama sekali jika melalui tempoh penerbangan yang lama.

1.Kopi


Sambil menunggu kita selalunya terjebak nak membeli minuman ini. Tapi anda mungkin menyesal bila dah masuk dalam kapal terbang.

Kopi mengandungi kafein dan merangsang saraf hingga boleh menyebabkan korang tak akan berasa rehat atau selesa selama dalam penerbangan. Lagi satu korang juga mungkin akan berulang alik ke tandas.

2. Air mineral


Bukan sebab harganya yang mahal tapi ia akan buat korang kerap ke tandas.

Semua maklum yang tandas dalam kapal terbang bukanlah selesa mana, kecil dan perlu bersusah payah untuk keluar dari tempat duduk. Kalau dah selalu berulang alik segan kan.

Baca juga: Ini 5 Makanan Yang Boleh Buat Lelaki Jadi Lebih Penyayang, Mesti Korang Tak Percaya

3.Sandwich ‘meriah’


Perut lapar tapi tak sempat nak makan jadi pilihannya anda makan sandwic yang dilapisi daging dengan roti bertingkat, bersama sos.

Ini antara makanan yang tidak sihat, tinggi karbohidrat dan lemak. Tanpa melakukan aktiviti selepas menikmatinya ia meningkatkan risiko pertambahan berat badan.

4. Apa jua makanan yang perut tak biasa


Sebelum menaiki kapal terbang bukan masanya untuk anda mencuba menu-menu baru yang tidak biasa korang makan.

Mana tahu ia menyebabkan perut tak selesa. Malah kentang goreng dan burger juga bukanlah makanan yang sesuai untuk dimakan.

5. Pretzel


Makanan ini memang banyak dijual di lapangan terbang tapi ini juga antara makanan tinggi karbohidrat.

Mengambil makanan jenis ini terutama sebelum penerbangan yang panjang boleh membuatkan perut tak selesa.

6. Makanan pedas


Tak mahu lapar dalam kapal terbang, makan pula hidangan nasi dengan lauk yang pedas di premis yang ada di airport.

Puas hati kerana perut kenyang tapi mungkin akan berdepan dengan perut yang bermasalah. Jadi elakkan ya.


Sumber: Times Food

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN