kentang-parmesan-rangup

Pernah tak anda dengar atau makan Kentang Parmesan Rangup? Ia boleh dibakar dengan menggunakan air-fryer atau oven.

Apatah lagi, Kentang Parmesan Rangup ini boleh dijadikan kudapan sambil menonton TV. Pasti anda dan keluarga enjoy makan ini.

Nak lebih menarik, serbuk parmesan boleh diletakkan banyak supaya kentang nampak cantik hasilnya. Ini kerana, teksturnya lepas dibakar akan nampak garing.

Baca juga: Cottage Pie Dengan Sos Bolognese Daging & Kentang Lenyek, Sedap Tau!

Resipi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Khadijah Jaafar melalui perkongsian di laman Facebooknya. Banyak lagi resipi daripada beliau yang anda boleh cuba. 


RESIPI KENTANG PARMESAN RANGUP

Kentang Parmesan Rangup yang mudah untuk disediakan. Anak-anak pun laju je makan. Jom buat.

bahan kentang parmesan rangup

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan oven pada 200 C. Gaulkan ubi kentang dengan minyak zaitun. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Bahan-bahan tu boleh agak mengikut kuantiti dan citarasa sendiri.

2. Lapikkan tray dengan baking paper dan sapukan dengan minyak. Kalau nak mudah gunakan cooking spray boleh dapatkan di kedai bakeri.

3. Susun ubi kentang di atas tray. Bakar di dalam oven selama 40-45 minit. Selepas 30 minit, balik-balikkan kentang supaya kedua-dua bahagian masak rangup sekata.

4. Siap dan boleh dihidangkan. Kentang tetap kekal rangup walaupun dah sejuk.

kentang parmesan rangup


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Keropok Kentang Buat Sendiri Dekat Rumah, Lagi Puas Hati Ada Stok Banyak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN