Kalau korang pergi di mana-mana pasaraya atau kedai runcit mesti selalu nampak orang jual sambal ikan bilis ini di dalam bekas kaca. Tetapi bagi sesetengah orang mungkin harganya agak mahal, tetapi jangan risau korang boleh sahaja buat di rumah yang penting sedap dan mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Zubaidah Hassan di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kalau korang pergi di mana-mana pasaraya atau kedai runcit mesti selalu nampak orang jual sambal ikan bilis ini di dalam bekas kaca. Tetapi bagi sesetengah orang mungkin harganya agak mahal, tetapi jangan risau korang boleh sahaja buat di rumah yang penting sedap dan mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Zubaidah Hassan di Facebook.
Cili kering yang pedas
Garam
Ikan bilis
Bawang merah
Bawang putih
Kredit: Siti Zubaidah Hassan
Cuci, tos dan goreng cili kering bersama minyak. Jangan terlalu lama sebab cili kering cepat garing.
Kisar kering cili kering tersebut dengan sedikit garam.
Goreng bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga garing. Goreng asing, supaya ia masak dengan sempurna.
Panaskan 2-3 sudu minyak, masukkan semua bahan menggunakan api kecil. Kacau sehingga sebati.
Tunggu ia sejuk, dan boleh disimpan di bekas. Siap dan boleh dimakan.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…
Sewaktu kecil, mungkin sesekali anda pernah membantu ibu atau nenek untuk membuat kek sedap di…