Kalau korang pergi di mana-mana pasaraya atau kedai runcit mesti selalu nampak orang jual sambal ikan bilis ini di dalam bekas kaca. Tetapi bagi sesetengah orang mungkin harganya agak mahal, tetapi jangan risau korang boleh sahaja buat di rumah yang penting sedap dan mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Zubaidah Hassan di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SAMBAL IKAN BILIS GARING

Kalau korang pergi di mana-mana pasaraya atau kedai runcit mesti selalu nampak orang jual sambal ikan bilis ini di dalam bekas kaca. Tetapi bagi sesetengah orang mungkin harganya agak mahal, tetapi jangan risau korang boleh sahaja buat di rumah yang penting sedap dan mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Zubaidah Hassan di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • Cili kering yang pedas

  • Garam

  • Ikan bilis

  • Bawang merah

  • Bawang putih

Kredit: Siti Zubaidah Hassan

CARA PENYEDIAAN
  • Cuci, tos dan goreng cili kering bersama minyak. Jangan terlalu lama sebab cili kering cepat garing.

  • Kisar kering cili kering tersebut dengan sedikit garam.

  • Goreng bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga garing. Goreng asing, supaya ia masak dengan sempurna.

  • Panaskan 2-3 sudu minyak, masukkan semua bahan menggunakan api kecil. Kacau sehingga sebati.

  • Tunggu ia sejuk, dan boleh disimpan di bekas. Siap dan boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.