Categories: Resipi

Roti Jala Jelita Sukatan Cawan Cara Mudah, Memang Lembut Sampai Ke Malam!

Jom buat Roti Jala Jelita guna sukatan cawan untuk juadah hari ini. Memang sedap dinikmati pada waktu petang bersama teh atau kopi panas.

Biasa makan roti jala warna kuning kan? Tapi tahu tak sekarang ni ada pelbagai warna roti jala. Ada warna merah, hijau, kuning, biru dan yang terbaru sekarang ni adalah roti jala jelita ini.

Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap! 

Jom ikuti resipi unik dari perkongsian Nor Azaliza Tarmizi atau lebih mesra dipanggil Cikgu Liza ini. Nampak menarik dan senang untuk kita follow. Step by step sama saja macam kita buat roti jala yang biasa kita makan tu.

Memang lawa dan jelita roti jalanya sampai sayang pula nak makan. Instagrammable sangat!

Bagi yang nak belajar buat roti jala jelita yang sedap, boleh ikut resipi yang MyResipi kongsikan di bawah ini. Semoga ia bermanfaat buat korang semua.


RESIPI ROTI JALA JELITA SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan: 

  • 3 cawan tepung gandum – 390gm
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 sudu makan minyak masak
  • Pewarna (mengikut citarasa masing-masing)

*Sukatan ni semua guna measuring cup dan measuring spoon

Cara-cara membuat: 

1. Satukan semua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk adunan dan kacau rata.

2. Masukkan adunan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dan sebati. Adunan akan jadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

3. Asingkan adunan mengikut warna yang dikehendaki. Warna tak perlu banyak sangat sebab bila masak warnanya jadi lebih gelap.

4. Panaskan kuali non-stick dan jalakan adunan. Gunakan api perlahan dan lengserkan sedikit minyak sesekali untuk menjala adunan.

5. Angkat roti jala apabila sedikit garing atau tidak melekat dan gulungkan. Jangan terlalu garing, nanti roti jala patah bila digulung.

6. Siap untuk dihidangkan.


Kepada yang nak mencuba menu baru iaitu roti jala jelita ini boleh cuba ikut sahaja resipi ini. Agak mudah dan sesiapa pun yang mencuba, pasti akan mudah faham dan berhasil.

Kuih ini sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. Simpan dulu resipi ini supaya mudah nak rujuk kembali. Untuk yang nak mencuba MyResipi ucapkan selamat maju jaya dan selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Cara Berlauk Inti Daging, Buat Guna Acuan Kuih Tradisional

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

9 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

10 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

12 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

13 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

16 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

16 hours ago