Gebu dan ringan. Sesuai digunakan sebagai filling (isian) kek, frosting (sapuan) kek, dan hiasan ringkas (rosettes, star dll). Boleh juga guna utk buat bunga mawar/ros, cuma agak cepat cair masa piping. Idea asas dari Allrecipes tapi kena try-n-error lebih setahun utk dpt kelikatan/teknik yang elok. Diedit blk 18/4/2011. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2011/04/piping-whipped-chocolate-ganache-roses.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Whipped Chocolate Ganache (ganache kocok)

Gebu dan ringan. Sesuai digunakan sebagai filling (isian) kek, frosting (sapuan) kek, dan hiasan ringkas (rosettes, star dll). Boleh juga guna utk buat bunga mawar/ros, cuma agak cepat cair masa piping. Idea asas dari Allrecipes tapi kena try-n-error lebih setahun utk dpt kelikatan/teknik yang elok. Diedit blk 18/4/2011. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2011/04/piping-whipped-chocolate-ganache-roses.html

BAHAN-BAHAN

  • 120g dark cooking chocolate (coklat masakan)
  • 100g UHT whipping cream (atau boleh je guna fresh cream. Saya guna fresh cream je)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan coklat yang dihiris/dicincang halus ke dalam bekas tahan panas. Masukkan whipping cream/fresh cream.
  • Cairkan coklat + whipping cream secara double-boil (bekas tahan panas diletakkan atas periuk berisi air yang sedang mendidih).
  • Tutup api dan alihkan bekas dari periuk. Kacau guna whisk sampai coklat+cream betul-betul sebati.
  • Sejukkan pada suhu bilik paling kurang 1 jam-semalaman (saya buat 3 jam). Tutup bekas dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk paling kurang 3 jam atau semalaman. (Gambar dibawah ganache mula jadi likat pada suhu bilik).
  • Keluarkan dari peti sejuk dan putar guna mixer speed sederhana. Putar sampai ganache bertukar dari perang ke coklat cair.
  • Boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer (bahagian sejuk beku). Tahan lebih sebulan.
  • ***Kalau ganache mula cair masa piping boleh disimpan dalam peti sejuk sebentar untuk mengeraskannya. Nisbah cream:coklat saya guna 1:1.
  • ***Seeloknya buat ganache sehari sebelum kita nak lepa kek. Sebabnya ganache jadi lebih likat bila didiamkan dlm peti sejuk semalaman. Kalau simpan 1jam je ganache tak brp likat sgt dan susah nak piping.
  • ***Putar ganache dalam ia keadaan sejuk dari peti ais. Macam fresh cream/whipping cream, ia tambah volume dalam keadaan yang sejuk. Nak sejukkan mixer dengan bekas sekali pun ok, lagi elok.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN