sos aminah hassan

Pernah guna sos jenama Aminah Hassan ? Kepada peminat sos cili jenama Aminah Hassan, difahamkan kini, sos ini telah mula dijual semula di beberapa lokasi sahaja dan anda boleh dapatkan sos cili ini untuk nikmati rasa sos cili ‘legend’ ini.

Kisah Jatuh Bangun Sos Aminah Hassan

Jenama Aminah Hassan di asaskan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Bermula daripada sos cili kemudian tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam. Perniagaan ini telah bermula secara kecil-kecilan sejak tahun 1966 lagi.

Bermula di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos. Sehinggalah perniagaan ini semakin maju dan berkembang dengan jenama Sos Aminah Hassan.

Setelah pengasas produk ini meninggal dunia, perniagaan ini disambung dan diteruskan oleh anak arwah Hajjah Aminah bersama Haji Hassan.

Selain mengeluarkan produk sos cili, jenama Aminah Hassan ini berkembang dengan mengeluarkan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.

Kemana Perginya Sos Aminah Hassan

Bagi peminat-peminat Sos Aminah Hassan, pasti perasan jenama ini pernah hilang di pasaran buat beberapa ketika sehingga sukar untuk menemukan jenama sos ini lagi.

Inilah sejarah hitam yang telah mencetuskan kejatuhan kepada jenama yang telah di asaskan oleh arwah Hajjah Aminah.

Ianya bermula selepas pengasasnya meninggal dunia. Kemudian khabar angin kononya sos tersebut telah di jual dan dimiliki oleh syarikat bangsa asing.

Ekoran berita palsu tersebut, produk sos Aminah Hassan tidak lagi mendapat sambutan yang rata-ratanya adalah dari kaum bumiputera melayu dan akibatnya operasi terpaksa ditutup akibat mengalami kerugian.

Rahsia Resepi Sos Aminah Hassan

Setiap produk yang mempunyai peminat tersendiri, sudah pasti mempunyai ramuan rahsia yang menjadikan sesuatu makanan itu mempunyai rasa unik dan tersendiri.

Begitu juga dengan Sos Aminah Hassan. Ianya mempunyai ramuan dan bahan tersendiri.

Bayangkan sos ini telah berusia 55 tahun. Pasti ada ramuan rahsia yang menyebabkan ianya mempunyai peminat yang tersendiri.
Sumber: Harian Post

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN