japchae

Pernah cuba Japchae makanan Korea? Ia merupakan masakan yang berasal daripada Korea yang menggunakan mi kaca dan dihidang bersama pelbagai jenis sayuran dan bahan masakan yang lain seperti telur dadar, daging dan sos hitam.

Selalu je orang keliru antara mi kaca dengan suhun. Mi kaca diperbuat daripada tepung keledek manakala suhun pula diperbuat daripada pati kacang hijau. Secara fizikalnya, mi kaca dan suhun lebih kurang sama tapi diperbuat daripada bahan yang berbeza.

Baca juga: Selalu Tengok K-Drama? Ini 7 Makanan Korea yang Korang Patut Cuba

Tekstur mi kaca ini pula lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus. Ha! nak lagi jelas, boleh google dan tengok kedua-dua teksturnya yang berbeza antara satu sama lain. Japchae juga antara hidangan Korea yang dimasak halal dan boleh dimakan.

Resipi japchae Korea ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Dijamin halal bila buat sendiri di rumah.


RESIPI JAPCHAE TEKAK MELAYU

japchae

Bahan utama:

  • Mi kaca

Bahan 5 warna:

  • Hijau – Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan.
  • Kuning – Telur ayam dimasak dadar.
  • Jingga – Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.
  • Putih – Bawang Holland, dihiris dan disangai.
  • Hitam – Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak.

Bahan sos:

  • 3 sudu besar kicap cair/masin
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula/gula perang
  • 1 sudu kecil garam

Bahan hiasan:

  • Biji bijan – sudah disangai

Cara penyediaan:

1. Mi kaca ambil separuh dari paket, rebus selama 5 minit. Sehingga lembut, angkat dan toskan. Letak tepi.

2. Untuk bahan sos pula, campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati.

3. Tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang direbus tadi. Gaul sebati.

4. Masukkan campuran sayur tadi dan gaul rata

5. Tambah biji bijan yang telah disangai.

6. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Bebola Nasi Atau Jumeok-Bap Ala Korea, Laku Habis Anak Anak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN