Resipi sendiri bila time nak cepat

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Telur Bungkus Express

Resipi sendiri bila time nak cepat

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur – dipukul
  • 1/2 peket daging kisar
  • 1/2 cawan mixed vege
  • 3 tangkai daun sup dan daun bawang – dihiris
  • 1 biji cili merah- dipotong dadu (boleh tambah cili api jika suka pedas)
  • 2 ulas bawang merah-dimayang
  • ulas bawang putih – dimayang
  • 1/2 labu bawang besar – dipotong dadu
  • beberapa hirisan capsicum – dipotong dadu
  • garam dan sedikit serbuk lada sulah
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci daging kisar dan toskan. Kemudian tabur sedikit garam dan gaul sebati.
  • Panaskan kuali, dan dadar telur nipis2. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga wangi, dan masukkan daging. Kacau hingga daging tadi masak.
  • Masukkan cili, capsicum, garam (jika perlu) dan serbuk lada sulah. Kacau sebati.
  • Masukkan pula hirisan daun sup dan daun bawang. Kacau sekejap, then tutup api. Toskan, jika ia agak berminyak.
  • Tuang inti tadi ke atas telur dadar, dan lipat kemas. Kemudian ambil pinggan hidang then terbalikkan. Siap dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN