PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-17 03:23:53

Asam Pedas Ikan Tenggiri adalah pilihan istimewa orang ramai dan semestinya lauk kegemaran admin juga! Asam Pedas ini boleh dimasak dengan berbagai cara seperti asam pedas ikan kembong ataupun ikan pari. Malahan ada juga yang menggunakan ayam dalam masakan asam pedas. Resepi ini sangat sedap dan memenuhi citarasa kerana kepedasan dan kepekatan kuahnya yang secukup rasa. Jadi mari kita cuba resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di kumpulan Kongsi Resepi Orang Suka di Facebook.

Bahan serbuk/tumbuk

  • 1/2 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar lagi sedap)
  • 1 sudu teh halba

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul karim

Bahan kisar

  • 2 labu bawang besar (bergantung saiz)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan bakar (kisar atau tumbuk)
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 senduk/mangkuk kecil cili kering kisar berasingan (boleh kurangkan)

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul karim

Bahan lain

  • Ikan tenggiri
  • 1 senduk besar minyak
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 ikat daun kesum
  • 5 biji bendi muda
  • 2 biji tomato (dipotong dua atau empat)
  • 1/3 cawan jus asam jawa (ikut selera sendiri)
  • 1 cawan air

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul karim

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, taburkan halba, biarkan sebentar dengan api perlahan hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar. Setelah timbul minyak,masukkan cili dan biarkan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai dan daun limau purut, gaul sebati hingga mesra dan wangi.
  3. Masukkan air asam jawa dan air,separuh daripada daun kesum dan bunga kantan. Paras air cukup setakat ikan tenggelam sedikit.
  4. Bila kuah sudah mendidih, masukkan ikan.Masak dengan api perlahan. Siram-siramkan ikan dengan kuah (Ikan tak perlu dibalik-balikkan). Bila ikan dah masak, kuah dah mendidih bolehlah dimasukkan bendi.
  5. Akhir sekali, bila bendi dah lembut, kuah mulai pekat (masak dalam 15-20 minit dengan api perlahan) masukkan separuh lagi daun kesum bersama tomato.
  6. Tutup api dan biarkan sebentar dalam 15 minit,kuah akan bertambah pekat dan cantik berbanding jika terus dihidangkan/dimakan. Biarkan segala aroma dan rencah meresap ke dalam kuah barulah lebih sedap untuk dinikmati.

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul karim

Selamat Mencuba

Kredit : Muhamad Muktamin Abdul karim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN