Dimakan bila2 masa saja dan sesuai untuk jamuan2 tertentu.Di dlm gambar tu…lapisan pulutnye sengaja di kurangkan sbb anak2 klau mkn,bahagian pulut selalu diketepikan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Talam Custard Jagung™

Dimakan bila2 masa saja dan sesuai untuk jamuan2 tertentu.Di dlm gambar tu…lapisan pulutnye sengaja di kurangkan sbb anak2 klau mkn,bahagian pulut selalu diketepikan.

BAHAN-BAHAN

  • Lapisan Bawah :-
  • 500 g pulut – rendam 1/2 jam dan toskan
  • 400 ml santan cair
  • 100 g kelapa parut putih
  • 2 sk garam dan 1 helai daun pandan dikerat2
  • Lapisan Custard :-
  • 170 g tepung custard
  • 230 g gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • 200 g jagung cream
  • 950 ml santan pekat
  • 2 sb mentega/majerin
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul kesemua bahan2 lapisan pulut dan kukus hingga masak.Keluarkan daun pandan.Sementara itu masak bahagian custard.
  • Tepung custard dibancuh dengan sedikit santan yg ada.Masak lebihan santan,gula dan garam hingga gula larut dan masukkan bancuhan tepung custard tadi dan masak hingga pekat sambil dikacau sentiasa .Masukkan jagung cream kacau rata dan masukkan pula mentega dan kacau hingga adunan berkilat.Matikan api.
  • Pulut yg telah masak di masukkan ke dalam loyang yg disediakan dan disapu minyak sekelilingnya.Tekan rata2 dan padat dan tuangkan bahan custard jagung yg telah masak tadi.Ratakan hingga menutupi lapisan pulut dan sejukkan.
  • Biarkan kuih benar2 sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan.
  • **Bahagian lapisan custard yg tlh dituang atas lapisan pulut tak perlu dikukus lagi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN