singgang ayam thai

Tak tahu nak masak apa guna ayam? Jom cuba resipi Singgang Ayam Thai yang mudah untuk dimasak ini.

Confirm suami dan anak-anak makan berselera. Menambah nasi sampai 3 hingga 4 pinggan.

Resipi perkongsian dari Wan Haslina ini merupakan hasil ajaran dari mak mertuanya yang merupakan orang Thai.

Resipi Singgang Ayam Ala Thai

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Cili api
  • Ayam
  • Air
  1. Tumiskan semua bahan kecuali air dan ayam. Masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan goreng sekejap.
  3. Tambahkan air secukupnya.
  4. Letakkan garam dan serbuk perasa sehingga secukup rasa.
  5. Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
  6. Siap, selamat mencuba!

singgang ayam thai

Kredit: Wan Haslina Wan Ibrahim

Baca juga: Resipi Ikan Masam, Nak Lagi Sedap Kena Perap 2-3 Hari Baru Goreng!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN